Wednesday, 26 December 2012

Reinkarnasi.

Dua puluh dua aku anggap suku dari hayat.
Suku pertama yang melibatkan beberapa fasa.
Fasa yang tiada dalam suku yang berbaki.

Jurang antara fasa ini adalah atas dasar perspeksi, susuk, dan ruang.
Fasa ini dianggap enceh namun dominasinya mempengaruhi suku yang berbaki.
Cerita, gagang, dan riwai yang terabadi lalu membentuk jati diri.
Cukup untuk dikatakan suku pertama ini adalah mustahak untuk diambil peduli, dan dimemori.

Suku dua. Mulanya mengerikan.
Mungkin tidak biasa atau janggal.
Jadi diambil sedikit masa untuk memerhati.
Dan diperhati.

Kejanggalan itu yang menjadi jurang atau mungkin juga jambatan antara dua suku ini.
Oleh itu, tiba di suku dua, lahir semula.
Jika suku pertama berakhir dengan metamorfosis, bermulanya suku kedua ini kembali zaigot.
Bukan zaigot yang nadil. Tapi yang ada penunggunya. Yang lebih angker.

Zaigot ini berbalik kemahuannya seperti dulu. Atau mahu berbalik.
Mahu mempercayai perihal yang tidak wujud, suka menjejak galur, memandang sisi yang baik, teruja dengan setiap apa, tiada yang biasa; jika ada pun pastinya dianggap aneh, berkawan seperti di darjah 2 Bijak, gelagat manusia sebagai hiburan, berangan yang tidak nampak, lagu perhimpunan pagi, semua jisim tiada yang membosankan, dan takutkan hantu di bawah katil.

Tapi yang paling mustahak adalah, memperkasa riwai yang ada.
Biar menjadi hantu yang memakan orang.
Biar tertipu dek lagenda, asalkan tidak mati oleh logiknya hakikat.
Hakikat yang sudah pasti membosankan dan sifatnya membinasa.



Friday, 7 December 2012

Friday Cry (Lamunan Satu)

Bangkit dari tidur pagi ini berbeza rasanya.
Perasaan bercampur-baur, Fikiran mengelamun.
Diri ini dirasakan sendirian, tanpa sesiapa.

Membuka pili air di kamar mandi,
Aku lebih bermandikan kenangan berbanding jisim air itu sendiri.
Dinding bermozek yang basah tidak aku nampak.
Yang kelihatan hanya kau.

Perit. Sedih. Seksa.

Hampir 100 al-yaum namun aku masih begini.
Mengenang, sambil menjamah hati sendiri.

Pili air dipulas dan terhenti pancuran air yang entah kemana perginya tadi.
Fikir aku sesi memakan diri sudah tamat, namun belum sempat aku mencapai tuala,
tersungkur aku terduduk menyandar ke dinding yang sejuk itu.

Tak semena menitis air mata yang ibarat permata jika dicari di gunung,
dan ibarat kabus jika dicari di dasar laut.
Tak dapat aku bezakan yang mana air mata, dan yang mana air paip yang masih melekat di muka.

* * * * * * * * * * *

Pedal ditekan,
Mata memandang jalan, kepala memandang lamunan.
Memikirkan betapa kejamnya masa depan, tak aku sangka menitis lagi air mataku.
Kejamnya masa depan kerana membiarkan aku hidup tanpa kau.
Untung sedikit jika kau masih mengingatiku.

Pondok yang makanan rujinya adalah duit terlintas dek aku.
Tiada pilihan. 
Tertunduk-tunduk aku menghulur syiling kepada penunggu pondok.
Risau ternampak olehnya mataku yang merah berair ini.

* * * * * * * * * * *

Tembus di sempadan daerah yang bakal sebati dengan aku.
Mata ini bergenang kembali, titisan demi titisan menjejak jeans lusuh hitam kegemaran.
Teresak aku tak ubah seperti budak yang masuk tadika pada hari pertama.
Tak sanggup aku membayangkan apa yang bakal berlaku.
Apa yang aku nampak, hanya aku bersama diriku. Berseorangan. 
Tak pernah aku rasa begini seumur hidupku.

Tak sangka buruk sekali bunyi aku teresak.
Tapi tak aku peduli kerana air mata ini harus mengalir, supaya tidak menjadi cecair yang meracun dari dalam.
Dan menjadi mati, tapi bernyawa.
Terkumat-kamit mulut aku meminta pertolongan Ilahi untuk memberikan ku ketabahan. Istifar. Air mata.


                                              "cause i'm broken, when i'm lonesome"

Friday Cry (Lamunan Terhenti)

* * * * * * * * * * *
Tiba di sarang ulat jingga.
Aku kesa sisa-sisa permata dan kabus yang menutup muka dari tadi.
Sambil mengesa, setitis dua lagi menuruni.
Tidak kering.
Seperti sumpahan, berulang yang bagi aku bencana, walaupun sudah berada di bilik putih.

Mujur aku seorang di bilik ini.
Mujur bilik ini jarang disinggah orang.

Titisan ke dua ribu enam ratus sepuluh.

Termenung, tertitis.
Tertitis, termenung.

Mujur lirik Najwa Latif yang tak sengaja aku buka tadi menangkap fikiranku.
Lirik yang memujuk aku yang teresak-esak.
Satu rangkap itu aku tersentak, terhenti teresak.
Tersedar aku ada hikmah Dia merancang sebegini rupa.
Walaupun pedih, namun aku belajar menyedari bahawa, yang kekal bukan manusia, tetapi Dia.

Jadi mengapa perlu bersedih?
Aku tidak berseorangan. Dia mahu tunjukkan walaupun aku hilang orang yang aku sayang, aku masih ada Dia. Sentiasa.

"Kerna Kau yang satu, yang setia bersamaku.
........
Ku tahu ku ada-Mu, di sisiku selalu.
Bantulah hambamu mencari keredhaanMu.
Ku tahu ku ada-Mu."

Lalu membuatkan aku lebih percaya pada satu cinta. Cinta yang kekal. Cinta yang lebih suci. Cinta yang mampu menemani seumur hidup dan matiku.
Hingga aku tak mahu lagi cinta dari manusia, melainkan dari Ibu, Ayah, Keluarga, dan Sahabat yang aku sayang. Selamanya.



Wednesday, 21 November 2012

21.11.12

cantik nombor itu. tapi tak secantik apa yang sedang berlaku.
masa kosong yang aku ada ini entah untuk apa.
tapi masih memberi sedikit ketenteraman, sambil berehat seketika.

empat satu diapit dua dua.
berehat dari banyak perkara samada suka atau luka.
masa kosong yang khusus buat diri sendiri sahaja.
untuk melihat apa yang ada di belakang, dan apa yang ada di depan.

di kampung, atau aku lebih suka panggil rumah, lebih aman.
aman dari kusut musut kalut lurut.
rumah ini dah 13 tahun kami diam. dan membesar.
entah sampai bila kami di sini.

terlalu lapang dan terluang yang berlambakan.
seronok begini, macam raja.
aku tak risau, sebab nanti aku turun takhta juga.
cuma sedang menikmati masa-masa yang mungkin susah untuk ada, lepas-lepas ini.

sambil berkosong mata mencari.
yang mana rezeki aku tari, yang mana tidak langkah ketepi.

ambil masa, nikmati sepuasnya raja Fani.
untuk kembalikan kedudukan 3 komponen ini.
atas, tengah, dan luar.
dan bila selesai, kembali beraksi.


Wednesday, 14 November 2012

Silang Kerangka

Ini perkara baru. Selama ini aku percaya jika ada apa-apa yang mencabar prinsip yang telah aku tanam dalam diri, aku perlu tetapkan pendirian aku walau dengan apa cara sekali pun. Tidak boleh biarkan hal yang cuba memainkan martabat pendirian yang aku pegang untuk bermaharajalela. Pendirian tetap pendirian dan harus terus berdiri. Suka atau tidak, itu perkara kedua. Kerana kau percaya pendirian yang teguh akan menjamin siapa diri di masa depan yang baik.

Tapi itu dulu, ketika hal-hal yang datang mencabar pendirian tidaklah sehebat mana. Sekarang adalah berbeza. Pendirian mula tergugat dek goncangan hal-hal yang mencabarnya. Semakin rapuh dasarnya adalah kerana kemahuan yang semakin meluak-luak untuk dilunaskan. Kemahuan ini yang senang-senang ditolak dahulu kini tidak lagi dapat ditolak. Pendirian sering berpesan supaya jangan terlalu mengikut kemahuan, kerana bisa membinasakan badan. Tapi degil. Atau mungkin tak terkawal. Tak dipedulinya pendirian. Dah jauh menyimpang apabila lebih tunduk kepada kemahuan dari mematuhi pendirian.

Tahu bukan tak tahu. Tahu yang jika pendirian terus teguh, diri yang akan datang tidak akan berasa kecewa. Tapi kemahuan datang ini boleh gila jika diabaikan pada masa ini. Berbeza jisim dan dimensi, menjadi pening memikirkan yang mana satu harus diikuti.

Akhirnya, pendirian terkorban, kerana kemahuan nampaknya memberi lebih kepentingan untuk masa terdekat ini. Bermakna hati berkata, “Persetankan masa depan”.


Friday, 9 November 2012

ibu kota.

berdentam bunyi guruh.
yang aku tak pasti samada betul bunyi guruh atau bunyi jentera.
jentera yang mengetuk konkrit untuk membina satu lagi bangunan pencakar langit.

hujan yang terkalah oleh deruman guruh ini membuatkan aku lena.
lena di dalam bilik air bermandikan pancuran yang membuatkan aku rasa seperti berbaring di tengah hujan di luar sana.

sambil berbaring di dalam hujan ciptaan sendiri, terfikir aku tentang satu perkara.
perkara yang membuatkan aku tertanya-tanya kenapa aku di sini. dari kosong ke kosong. atau mungkin kosong perpuluhan beberapa. entah. aku bukan pandai sangat ilmu hisab.

biar guruh dan petir ini menceritakan segalanya. basah.



Sunday, 4 November 2012

the other way around

kenapa sekarang................sedangkan sebelum ni..................
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni..................sekarang kenapa?


Thursday, 25 October 2012

Tali gantung.

Tanpa perbicaraan, tanpa kuasa mahkamah,
Aku diseret...bukan mendekat, tapi menjauhi,
Menjauhi tali gantung itu.

Ini akibat jenayah yang aku lakukan,
Jenayah yang tidak tertakluk dalam undang-undang,
Kerana itu lah aku yang berlari ke tali gantung itu sendiri,
Tapi dihalang pengawal penjara dan mengheret aku jauh dari tali itu.

Aku mahu ke tali gantung itu,
Tanpa berpakaian banduan, tapi dengan muka penuh kesialan/penyesalan,
Aku mahu menghukum diri ini, diri yang bodoh ini.

Kenapa mereka halang aku?
Aku sangat memerlukan tali gantung itu,
Untuk mengantung diri ini, sampai mati.

Jenayah yang aku lakukan ini membuatkan aku memaki diri,
Tak henti-henti, setiap hari.

Kalau mereka tidak kasi aku mengantung diri sendiri, aku mahu terjun sahaja dari bangunan mahkamah ini, asalkan mati. Baru lega hati ini.

Tapi, kau tetap tidak akan kembali, walau tali gantung itu menjadi saksi.

Menangis. Menyesali. Mandatori.





"All that was there, Will be there still" 



Monday, 15 October 2012

Mata & Helmet

Bukan jalanraya yang aku nampak. Fikiran ni mudah sangat mengelamun. Mujur tak langgar apa-apa yang ada di hadapan.

Pendikit ditarik sampai tak dapat ditarik lagi. Mata pula yang tidak pernah lekang memandang ke hadapan sebenarnya tidak nampak apa-apa pun. Mata tidak nampak yang di depan tu ada jalanraya berwarna hitam, kereta yang bergerak laju, tembok bata, motor, kereta yang bergerak perlahan, dan palang-palang berwarna jingga. Tapi kalau selekoh dan simpang, memang mata nampak.

Mata tak nampak semua itu kerana satu sebab je. Sebab yang memandang ke depan bukan mata, tapi hati. Hati sangat petah dan tak henti-henti berbisik. Dari satu babak ke babak seterusnya, hati terus terinspirasi untuk berbisik. Apa yang dibisik hati itu terpapar di pandangan. Sebab tu mata yang tadi tu sepatutnya melihat di depan tapi tak nampak apa-apa. Sebab yang nampak adalah bayangan yang dibisikkan hati, hanya lah.

Buah fikiran yang tinggi kualitinya juga sering diperolehi ketika hati berbisik. Dan kerapnya hati berbisik ketika di atas jalanraya. Bermakna , sudah banyak buah fikiran yang tercambah ketika di jalanraya, ketika mata terbuka tapi tak nampak, ketika tangan memulas pendikit, ketika di kepala adanya helmet.

-Si Polan pun terus Berkhayal & Berangan.


Sunday, 7 October 2012

rawak

otak yang percuma ini, berapa nilainya?
mungkin dah beku agaknya.
sebab tak mampu nak fikir perkara lain.
tak mampu juga dari segi wang ringgit. sebab masa tu masih muda. tiada apa-apa.

sekarang masih sama. banyak yang hilang. yang baru datang hanya satu.

biarlah biarlah biarlah.....jangan kau peduli lagi.
otak dah beku makanya fikiran jadi buntu.
semua kau mahu fikir, tapi tak tertanggung dek jasad yang zahir.

berkeceramuk, bersepah, bertempiaran.
jangan kau fikir lagi..tolong lah.
semakin buntu otak yang beku dibuatnya.

hanya letak di satu tahap, mungkin itu sebabnya.
tapi bukan aku yang letak, tak dapat dikawal-lah!
ba-alif-ba-ya!

otak yang beku membuatkan kau tertumpu kepada sesuatu,
mengingat kepada yang tak perlu,
dan itu cukup menganggu.

alih tumpuan kau. alih kepada yang lebih mustahak.
lupakan yang remeh temeh. itu cara kau untuk mendewasa.
bukan setakat dewasa, malah menjadikan kau raja walaupun hanya kepada diri sendiri.
tidakkah itu yang lebih penting?

dari kau bermain dengan perasaan, membenci diri sendiri, dan langsung tidak dipeduli,
sedangkan kau lebih daripada itu. dan lebih lagi untuk kau jika kau tidak begini.

"lalu otak pun mencair, melakukan apa yang perlu", akhiri si polan.




Thursday, 4 October 2012

Siri Mimpi Tadi: Malam ke-21,9050

Rekabentuk.
Layar Perak.
Lupa.
--------------------------------
Terdampar di gurun bersalji.
Dikhianati kawan.
Berjumpa 3 orang kawan lama.
--------------------------------
Jelek. "Ah xnak ingat!"
--------------------------------
Adalah seorang ahli silap mata.
-----------------------------------


Wednesday, 3 October 2012

Galaktik Bima Sakti

Jari telunjuk dan jari tengah, berganda. Muncul tiba-tiba entah dari mana di celah-celah ruang angkasa.
Jari-jari ini adalah penunjuk kepada takat usia. Usia si polan terapung di ruang galaktik bima sakti, galaktik yang jangan kau banding usianya dengan dua jari yang tak seberapa ini.

Selama ini si polan fikir ruang angkasa ini turut berubah sepertimana berubahnya fizikalnya. Si polan hanya nampak ruang angkasa yang pekat hitamnya dengan kelip-kelip yang tidak terbang, tapi terapung.
Tak pernah terlintas dalam benak si polan untuk menangkap kelip-kelip itu dan simpannya di dalam balang, seperti kanak-kanak lain akan lakukan kebiasaannya.

Si polan hanya lihat kelip-kelip ini dari jauh. Terkebil-kebil mata si polan.



Tapi hari ini, malam ini lain. Galaktik bima sakti mula membosankan rasa si polan. Bosan menatap hitam yang sama, kelip-kelip yang terbangnya statik, bebola api yang menjunam ke satu arah yang tak pasti destinasinya, dan mahkluk asing yang busuk mulutnya. 

Lagipun......lagipun si polan mula rasa sesak nafas. Hidrogen yang disedut hari-hari sejak mula zaigot tertumbuh di ruang angkasa ini mula rasa memualkan. Si polan pernah terfikir yang semakin zaigot memfetus, Hidrogen yang disedut semakin lama semakin wangi. Namun ternyata si polan silap.

Hidrogen tidak mewangi, tapi tidak juga membusuk. Cuma tidak berubah. Itu menjadi masalah buat si polan.

So polan fikir, dari terapung hanya menyedut Hidrogen yang kian memualkan, baik dia cuba lari ke arah kelip-kelip yang menurut lagenda, di sana bukan Hidrogen untuk disedut, tetapi Xenon. Kalau benar kata lagenda, si polan mahu ke sana. Mahu ke arah kelip-kelip tak bersayap itu, dan sedut Xenon untuk mengubah segalanya.

Semoga si polan sampai ke sana, sambil meredah galakti bima sakti yang tidak berpenghujung itu. 





Monday, 1 October 2012

Tersorong.

Tak terancang apa yang ada dalam bulan ini. Masih cuba memujuk dan memarahinya dengan ayat yang diulang-ulang, "Jangan manja sangat!".

Apa yang ada bulan ini. 10 kelihatan seperti nombor yang menarik dan menenangkan mungkin.
Benarkah ianya setenang nombor 10 itu? Aku tak pasti. Hanya ikut kata hati, Ikut la apa nak jadi. Nanti.

Ada 30 hari semuanya bulan ini. Apa yang ingin dicapai, biar sendiri tahu. Diri, keluarga, kawan, duit, dan mungkin cinta?

Bulan ini perlu bersikap terbuka kerana banyak yang akan dilalui. Atau banyak yang dah bebaruh. Banyak sikap yang perlu diubah, supaya 5 elemen cekerawala itu mampu dipenuhi isipadunya.

Sayap berhabuk dikibas. Kaki bersisik diregang. Berkucup paruh dengan nuri yang dulunya merak, dan mengenang hari ianya menetas. Mengutip pelepah yang gugur dan cantumkan kembali. dan yang paling penting....penting sekali. Mencium paruh si merak albino supaya ia tidak bersedih lagi. dan yang lain, biar tersimpan di celah-celah bulu pelepah yang berwarna ungu ini.

datangnya bulan ini dengan paruh yang tak mancung. dan datangnya Oktober, dengan pipi yang tersorong-sorong.


Sunday, 16 September 2012

Bosan biarkan bosan.

             Sesuatu perkara yang bosan itu ada kalanya elok untuk dibiarkan supaya tidak menjadi janggal kepada sang pengamal. Yang bosan itu menjadi jambatan yang menghubungkan pulau sang pengamal dan cinta hatinya di pulau bersebelahan. Yang bosan itu juga adalah pembeza antara satu hari yang baru dengan hari yang sebelumnya. Kerana nilai subjek bosan untuk setiap hari adalah berbeza dan mustahak untuk diambil berat. Walaupun ia membosankan. Kerana sang pengamal dan cinta hatinya di pulau sebelah sentiasa mencintai walaupun terpisah dek laut. Laut yang indah terbentang namun kelihatan bosan jika dipandang setiap hari.


Saturday, 8 September 2012

Mengkarut, Mengmarut.

Setiap apa yang aku fikir adalah karut. Sengaja aku abadikan karutan itu dalam tulisan sebegini. Di sini. Supaya dapat aku simpan segala karutan itu dalam medium yang aneh ini.



Wednesday, 5 September 2012

Tak Jadi Cakap

Biar tak jadi cakap, dari tercakap tapi tak jadi. Sebab bila dah tercakap, walaupun pada pucuknya prinsip yang cuba diwar-warkan tu betul, ianya akan menjadi kata-kata kosong. Bila dah cakap, mungkin rasa dah puas, atau lebih teruk rasa sudah selesai. Terbawa kembali kepada prinsip lama apabila dah terlepas cakap. Tak menjadi la kalau terus begini.

Mulanya berazam, akhirnya  tenggelam. Semuanya gara-gara cakap.

            Jangan cakap selagi tak merasa, takut nanti sendiri berduka. Cakap melemahkan prinsip yang asalnya kukuh dan pegun. Pegun supaya tiada yang mengusik dan hanya sendiri yang tahu, tak perlu orang lain menyibuk. Yang tak menjadi bila bukan orang yang datang menyibuk, tapi mulut sendiri yang memekik panggil orang datang untuk mengutuk.

            Sebelum cakap, kau memang tak sama dengan subjek yang akan dicakapkan. Memang betul cakap kau berkenaan subjek itu tapi………………………………………………..

Betul tak semestinya bagus. Bagus tak semestinya perlu. Lebih-lebih dalam hal bercakap.
Biar la betul ke tidak, tak payah bawa dalam percakapan. Kalau terus dicakap tentang bengkoknya subjek, orang yang mendengar akan nampak bengkoknya kita. Kita bercakap macam kita ini pembaris kuning, padahal tanpa sedar kita lebih dari tapak kaki ayam yang mencakar-cakar tanah nak dapatkan cacing. Kalau ayam takpe la dah memang resmi dia makan cacing. Tapi kalau kita yang manusia ni pun nak makan cacing, mulut yang berbibir nampaknya kena ditukar dengan paruh ayam.
Supaya senang nak diikat dan disembelih.
Baru dah tak bercakap.


Tuesday, 4 September 2012

Tak kena masa atau takut sebenarnya?

Buku itu berbalut suratkhabar yang terdapat gambar kopi yang masih berasap. Mungkin dari keratan iklan. Tapi elok pula rautnya sebagai sampul dengan warna helaian yang hitam hampir keseluruhannya.  Macam bukan helaian suratkhabar yang penuh dengan tulisan berkarbon dan apabila dipegang, tercalit kesan hitam pada telapak.

       Buku itu milik aku. Tertulis di belakang muka depannya, ‘Since 2005’ dengan satu lukisan yang jelas ada pengaruh komik Gempak. Buku ini bukan sekadar/calang-calang/sebarang buku, buku ini adalah pegangan/semangat/prinsip. Sampai tahun 2007 aku biarkan diri dirasuk tulisan-tulisan tangan yang aku anggap sakti ini. Mungkin kau tak percaya, tapi aku memang ada kuasa luar biasa kerana buku ini. Kuasa sakti yang menjadikan aku kesatria kepada diri sendiri dan menembusi mimpi untuk tarik jasad dari dimensi itu ke dunia realiti.

       Tapi itu dulu, angka mati cina yang lepas. Kesatria itu masih wujud, tapi yang tinggal hanya tubuhnya. Kesaktiannya entah hilang kemana. Kesian.

       Mungkin buku yang tersimpan tulisan sakti itu hilang sudah kuasanya? Tapi sebab apa?
Tidak. Buku itu masih sama, tak pernah berubah. Yang berubah adalah khadamnya. Mungkin buku itu yang saban tahun dicatit semakin lama semakin luarbiasa kuasanya sehinggakan khadam dan tukang catitnya sendiri pun tak mampu nak menjadi penjaganya lagi.

      Angka mati cina tahun separuh tambah suku bulan kesatria itu matikan diri. Walau mati dalam hidup pun kesatria itu, tukang catitnya setia menjalankan tugas. Tak pernah berhenti. Walau mungkin tak sekerap sebelum kesatria hilang kuasa.

      Angka kurang satu untung cina tahun sejak buku itu dijumpai tukang catitnya di tasik yang tak bernaga. Nampak lapisan pertama yang menyelaputinya mula tersiat oleh masa dan udara. Apa sebenarnya punca buku ini diabaikan tapi masih terus dicatit? Tak kena masa atau takut sebenarnya? Albab selaku pencagar kepada buku ini pernah memberitahu bahawa tulisan-tulisan dalam buku itu sudah lapuk. Albab menipu sebenarnya, kerana dia sebenarnya takut kepada buku itu. Atau lebih tepat, takut kepada tulisan-tulisan di dalam buku itu. Katanya, belum tiba masa yang sesuai untuk tulisan-tulisan ini menjadi hantu. Tapi takkan sampai angka mati cina tahun separuh tambah suku bulan kau biarkan buku itu begitu sahaja? Aku tahu kau masih rela dirasuk buku itu, tapi kau sengaja tidak membiarkan diri dirasuk bukan? Kau tahu kalau kau dirasuk, ngeri dari segala hantu jadinya. Tapi kenapa kau tak mahu? Kenapa?

Aku tahu kenapa. Sengaja aku tanya. Kau sebenarnya takut. Takut kepada tulisan berdakwat darah kau itu. Takut tak tertanggung. Kan?

     Jadi sekarang kau pilih, jadi kesatria kembali atau tinggal matikan diri dalam bilik berdinding putih yang kosong dan sunyi ini. Kau pilih sahaja. Tiada siapa paksa. Peluk buku itu, buka mulut dan telan dengan lapisan pertamanya. Biar kau mati tercekik buku itu dari kau mati begitu sahaja.

Dan tangan ini pun mencapai buku itu kembali.



"Without a soul, my spirit's sleeping somewhere cold"

Monday, 3 September 2012

Tergantung.

Memang tergantung. Sebab aku menulis membuta-tuli. Aku tak belajar falsafah, aku tak belajar sastera.

        Aku cuma belajar Bahasa Melayu di sekolah. Tak lama, hanya 10 tahun. 5 tahun di sekolah rendah, 5 tahun di sekolah menengah. Aku tak belajar falsafah tak bermakna aku tak tahu. Sebab belajar tak semestinya di sekolah. Di sekolah, falsafah tak semestinya falsafah Plato, Hippocrates, mahupun Aristotle. Falsafah terbentuk dari sumber yang sukar dijejak dan akhirnya membentuk pendirian yang dipegang sekarang. Tetapi sastera tidak begitu. Sastera perlu dipelajari. Sebab sastera itu bahasa, bukan prinsip. Sebab tu juga tulisan aku sambarono. Kekurangan sastera. Tak belajar sastera, tapi falsafah tu ada.
Macam orang-orang lain jugak. Sebab itu juga falsafah aku tergantung. Mungkin jelas dan mungkin tidak. Mungkin betul dan mungkin tidak. Mungkin tinggi dan mungkin rendah. Mungkin terikat dan mungkin tergantung.



Sunday, 2 September 2012

Keldai dan Garuda.

Ke pekan kampung sebelah. Janggal. Ini julung kali aku ke sini. Teringat Pikiran pesan tadi minta belikan topeng lama. “Kalau boleh Pikiran nak yang warna hitam, taknak yang bercorak-corak..hehe”, kata Pikiran sebelum aku ke pekan baru ini menunggang seekor keldai. Dia nak buat apa dengan topeng tu, aku pun tak tahu. Tu kena tanya Pikiran. Tapi borak hati, belikan saja. Siapa yang tak sayang adik sendiri. Yang bongsu pulak tu.

       Hampir dua bulan aku menunggang keldai ke sana, tak sampai-sampai. Melihat muncung si keldai, aku rasa aku tak ubah sepertinya, mencebik kepenatan. Yang dijumpa bukannya pekan, tapi khemah puak assabiyah di tengah padang pasir ni. Mereka sedang berjudi. Aku pun apa lagi, keluarkan 131 Dinar dari saku yang aku simpan untuk membeli topeng.

Kalah judi. Ikut hati nak je jual keldai ni. Sebab judi jugak la kuda aku jual, keldai ni yang aku pakai. Orang kampung dah mula perasan yang aku dah makin papa. Menunduk sama macam keldai, buruknya suara macam keldai, letih macam keldai, menjebik macam keldai.

Berhenti berjudi.
Walaupun tak dapat tebus balik duit topeng pesan si Pikiran dan kuda yang ditaruh, dan tak dapat buang anggapan mereka bahwa aku persis seekor keldai, tapi elok aku berhenti. Aku tahu bukan senang, sebab badan pun dah berbau keldai. Tapi memang kena berhenti. Kalau tak, takut bukan keldai yang ditunggang lagi, tetapi ayam. Ayam lagi susah nak ditunggang. Betul, aku dah cuba.

Tak payah berjanji tak payah berikrar, jangan berjudi lagi. Sebab ternyata makin miskin dibuatnya. Pikiran pun dah marah sebab tak dapat topengnya dan sampai sekarang aku rasa betapa seksanya menunggang keldai. Busuk.  Jangan endahkan apa yang mereka fikir kalau kau dah berhenti berjudi. Dari mereka anggap kau karib si keldai sampai bila-bila, biar mereka tahu yang kau juga karibnya si garuda. Garuda yang terbang mendongak,pelepahnya bercorak batik, dan kepaknya bersilang dimensi.

       Albab pernah tanya aku, “Kalau kau karibnya si garuda, kenapa selama ini kau tunggang keldai. Kenapa tak tunggang sahaja garuda yang sudah tentu laju. Atau kenapa tak kau jual sahaja garuda itu, boleh bertaruh judi.....”

Sebenarnya aku lupa yang garuda ada di atas sana, di sebalik awan. Samada aku yang sombong, atau si garuda yang malu nak turun. Aku rasa dia yang malu. Sebab di bawah ini tak sama seperti di atas sana. Ia lebih selesa ia di celah-celah awan yang kelihatan sama sahaja bentuknya, atau tidak berbentuk.  

       Satu malam yang gelapnya seperti pagi, aku panjat Bukit Meriam. Aku pandang ke langit dan aku   jerit, “Garuda, aku perlukan kau!”. 34 saat selepas aku teriak, awan yang tadinya berkepul terus terpisah dua dek belahan kepak si garuda. Tersenyum aku lihat garuda terbang ke arahku. Tapi macam jauh garuda tu. Sebab ia nampak kecil dari pandangan aku. Dan terbangnya tak sampai-sampai. Atau mungkin menjauh? Tidak, aku harap aku tidak berkhayal. Memandang ke garuda yang kian menjauh, bibirku berketip, “Harap-harap ini mimpi, atau mainan ilusi”. Aku betul-betul perlukan sang garuda, untuk bawa aku terbang ke atas sana.
         




Friday, 17 August 2012

Aidilfitri 2012

Lambat rasa teruja raya tahun ni. Sampai macam orang gila aku terjerit melalak seorang atas motor otw balik ke Puchong lepas supervisor kasi balik awal. Menyanyi. Melalak.

Bukan tak teruja, tapi tak rasa. Entah la kenapa.
Memang tak sabar, tapi entah lah.
(Sebenarnya bukan entah, tapi ada sesuatu yang lebih mustahak untuk difikirkan. Difikirkan dengan dalam-dalam. Yang menentukan siapa aku 10 tahun akan datang)

Raya kali ni sedikit berbeza dengan kehadiran orang-orang baru.
Tahun lepas seorang. Tahun ni seorang lagi. Raya yang dirasakan semakin hambar pada hati-hati yang semakin men-dewasa nampaknya kembali terasa kemeriahannya dengan kehadiran orang-orang baru ini.
Semakin ramai nanti, semakin meriah la. Aku ingat makin tua makin tak best raye. Sebab dah mula rasa begitu beberapa tahun yang lepas. Rupanya silap, dengan kehadiran orang-orang baru ini, dan semakin bertambah dari tahun ke tahun mendatang, raya sebenarnya semakin meriah. Sama je meriahnya seperti yang dapat dirasakan ketika kecil-kecil dulu.

Darah daging dan juga daging yang berbeza darah. Mana-mana mereka yang membawa kebahagiaan kepada hati ini, mereka lah yang sangat dialu-alukan. Syukur Allah bawa mereka ke hidup aku. Supaya nostalgia Raya ketika kecil terasa hingga ke hujung nyawa.

Aidilfitri ini, tambah satu lagi kenangan bersama Taming Mas. Dan sudah tentu video terakhir kami bersama-sama. Tiada peluang ini lagi sampai bila-bila. Video ini bukan setakat video raya semata-mata, tetapi kenangan yang diabadikan dalam satu bentuk yang boleh ditonton apabila hati-hati yang terlibat merasa rindu.


Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini. Maaf Zahir & Batin.

Thursday, 16 August 2012

Baru tahu.

Selama ni dengar orang cakap je. Aku selalu menafikan je. Tapi akhir-akhir ni aku mula perasan, yang betul apa yang dorang cakap walaupun kedengaran tipikal. Sebab aku sendiri dah rasai.
Apa yang mereka cakap?
Ini yang mereka cakap.

Jangan harap orang faham perasaan kita selagi mereka tak berada di tempat kita’



*Kau nafikan ke tidak?

Wednesday, 15 August 2012

Baca boleh, percaya Jangan.

Ada orang cakap, seorang je sebenarnya yang bercakap tu, bunyinya begini, “Orang yang suka berfalsafah ni biasanya hipokrit”.

Aku pada mulanya juga melatah. Memang sikap melayu yang kuat melatah. Tak perlu tunggu jadi Mak Bedah ataupun Mak Jenah, memang dah tahu melatah.
Ada betulnya kata si seorang, biasanya orang yang berfalsafah memang hipokrit. Lebih-lebih kalau falsafah itu dikopi-pes dari teko jiran sebelah. Kalo teko sendiri jangan risau, memang si pembuat kopi itu pandai falsafah, bukan macam si hipokrit. Tapi kalo sudah pandai berfalsafah,kenapa masih mahu membuat kopi?? Sebab susah kita nak tahu siapa yang membancuh kopi itu sebenarnya kalau kita di ruang tamu, tapi yang membancuhnya tu di dapur.

             Sebab itu ramai ahli falsafah belajar sastera. Supaya tidak dianggap hipokrit. Sebab sastera membezakan ahli falsafah selaku pembuat kopi dengan ahli falsafah selaku falsafah sebenar. Ahli falsafah selaku pembuat kopi hanya berfalsafah supaya orang sekeliling percaya dirinya bagus sebagus prinsip yang dibawa serbuk kopinya. Walhal, kopi tu Mak Bedah yang kuat melatah tu pun tak teringin nak tenguk. Mak Bedah lagi suka kopi yang dibuat dengan hati, macam kopi Mak Jenah. Sebab tu mereka berkawan.

Tapi… jangan percaya sangat sebab teori ni aku reka sendiri. Reka sendiri tak bermakna aku hipokrit, tapi mungkin aku penipu. Tapi kalau engkau bijaksana, mustahil kau akan tertipu. Sebab orang yang bijaksana tidak tertipu, tetapi percaya. Penipu macam mana pun aku, sekurang-kurangnya tidak lah seperti si pembancuh kopi. Maka itu….baca boleh percaya jangan. 


Tuesday, 14 August 2012

Jangan percaya teori ini.

                 Tak perlu Masters tak perlu PhD. Faham hanya dengan otak yang terperap dalam tengkorak sendiri. Bukan kerana teori ini,tetapi kerana mentaliti. Siapa-siapa pun boleh reka teori. Salah atau tak, dah namanya pun teori. Tapi, jangan sampai menyusahkan diri. Kalau falsafah yang kontang sasteranya macam tulisan ini, siapa yang peduli? Diri sendiri lah yang peduli siapa lagi. Teori ini bukan untuk dibawa mati, bukan untuk sakitkan hati, bukan juga untuk dicaci. Jadi untuk apa?
Jangan ditanya aku, sebab aku pun tak peduli.






Monday, 13 August 2012

Mencari Konklusi.

              Genap sudah setahun. Sekejap masa berlalu tapi kemalangan lama masih dalam ingatan. Tapi ingatan sifatnya bukan pendendam. Pendendam mungkin susuk yang lain, tapi susuk yang ini berbeza. Susuk ini diajar, atau mungkin bukan diajar, tetapi memang sifat yang wujud dalam darah, untuk tidak terus berdendam. Ingatan yang tadinya mungkin marah tapi pada detik ini tidak lagi. Seperti yang ingatan mahu, ianya bukan mahu berdendam, cukup untuk mengingati. Cukup tepat dengan kata akarnya. Jadi ingatan hanya mahu pastikan kemalangan itu untuk tidak berulang. Semudah itu ingatan menyelesaikan konflik tapi mampu mengurangkan potensi untuk si susuk menemui kemalangan kedua. Sebab apa? Sebab yang marah bukannya ingatan, yang marah adalah hati. Jadi yang perlu ditenangkan adalah hati bukan ingatan. Hati pula banyak pil-pil dan suntikan yang boleh meredakan tenatnya. Bagi si susuk, dadah yang paling mujarab ialah paramasatemol. Paramasatemol yang setahun ditelan tanpa menogok air sekali dengan papan-papannya nampaknya berkesan kepada si susuk. Mujur tak mati. Mati dek dadah yang overdose

               Tiba masa untuk si susuk berhenti menelan paramasatemol. Bukan kerana sudah abes stok, bukan kerana membahayakan nyawa, bukan juga kerana poket berhabuk, tetapi kerana si susuk dah bosan, atau mungkin malas, untuk memikirkan tentang kemalangan itu. Sebenarnya, ada satu hal yang susuk taknak orang awam yang bukan penagih dadah sepertinya tahu. Hal itu lebih berkait kepada memori, yang juga milik ingatan. Memori sang penagih dadah dengan pusher-nya yang tak difahami oleh penagih dadah yang lain.

Siapa kata pil yang orang demam telan tu dadah?
Kalau dadah kenapa telan?

(senyap)
(diam)
(sunyi)
(tak berjawab)

Ternyata santun ingatan lebih terpuji dari santunnya hati. Sebab tu orang tua-tua cakap, Jangan ikut hati nanti mati. Jadi apa salahnya jika hati berhenti menagih, supaya ingatan mampu terus tersengih. Takut-takut nanti, si susuk ketagih Paramasatemol lagi!




*Sedia memaafkan dan meminta maaf lebaran ini. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kawan lama.

Thursday, 19 April 2012

Nama yang Lain, Orang yang Sama, Masa yang Lain.

Dari kecik sampai la ke besor, macam-macam nama panggilan aku dapat tak kira la dari sesape pun. Mau keluarga ataupun kawan-kawan...sepanjang 22 tahun hidup, ni la antara nama-nama dorang bagi ke aku...

Naterin de' Cungkil
Nama ni kawan2 time sekolah rendah (SKSB) yang reka. Dorang ni adelah Zul, Wan Bear, dgn Wan Zaid. Ni kawan kamcing aku dari dulu lagi. Sekarang tak la serapat dulu tapi ktrg masih berkawan. Mungkin masing2 ada cara tersendiri bila dah besar ni, tapi kawan tetap kawan sampai bila2..cuma yg Wan Zaid tu dah lame benor aku tak jumpe. Ntoh gone gaye rupe dah sekarang. Dorang siap ade theme song lagi untuk name tu. Seingat aku mcm ni lagu tu,

'Naterin de' Cungkil, Air Mate Cungkil..'

pelik kan bunyinye..tapi aku pun dah lupe mcm mane lagu tu smpai abes.haha..pendek je lagu tu tp dorg mmg selalu je nyanyi time skolah dulu terutamanya Irsyad epi. Rindu lak zaman skolah..

Adik Rin
Ha yg ni adelah name yang memonopoli zaman budak2 aku. Dari adik-bradik, sedare-mare, kawan tadika dgn kat rumah, mak ayah sedare semua panggil aku Adik Rin dulu. Susah jugak nak hilang nama ni dulu masa2 aku dah nak besar sket pastu malu dah orang panggil aku Adik Rin. Umur dalam 16 kot baru la orang dah tak panggil kot. Cuma ade keluarga sedare kawan yang terdekat dan rapat je masih panggil Adik Rin.

Mie
Yang ni special sket..Sebab nama ni mak aku sorang je yg panggil. Aku penah jugak tanye kenape panggil Mie padahal nama aku Nazrin, dia cakap sebab asalnya dulu nak bagi nama aku Nazmi, tapi sebab dekat2 dgn nama ayah sedare aku jadi tukar jadi Nazrin. Yang peliknya dah nama aku Nazrin, mak aku panggil Mie jugak lagi..Ala-ala nama manja la..Mmg xde sape dalam dunia ni panggil aku Mie melainkan mak aku. Yang ni pun ade lagu dia sebenarnye..mak aku selalu nyanyi sambil panggil aku kalo bosan2. Lirik die berulang2 je tapi sedap didengar...hehe

"Mie la kemie kemie, kemie kemie la kemie kemie.."

Hahahaha...kalo dengar betul2 lagi best..hahaha
Tapi kadang2 tu, mak aku panggil aku Atan jugak..tapi tak selalu la. Ade masa2 tak terjangka, tetibe je dia panggil aku Atan..hahahaha

Yen
Nama ni lak kebanyakkannya kawan2 aku sendiri la panggil. Tapi kawan2 time sekolah dengan matrik. Kawan-kawan kat U dah tak panggil Yen dah..hehe

Naz
Nama ni antara yang paling latest. Sebab kawan2 mula panggil aku Naz pun kat UMS ni ha..Sebab senang nak sebut/panggil kot. Awal2 dulu janggal jugak aku dorg panggil Naz sebab mcm dorg panggil abang aku lak (..abg aku semua org panggil dia Nas). Tapi sekarang boleh cakap semua kawan2 aku panggil aku Naz. Keje nanti x tau la ape lak orang panggil..hehe



*Setiap nama ada cerita dan memori... =)

Monday, 20 February 2012

Masih Mencari Itu

Bukan senang untuk kembali dan mencari semula 'itu',
Bertahun juga aku perlukan untuk mencari 'itu',
Tiada siapa tahu betapa seksanya batin ini pada tempoh pencarian itu,
Sentiasa rasa tidak selesa,
Sentiasa mendesak itu untuk menemukan dirinya denganku,
Membuatkan aku sentiasa marah sendiri.

Bukan senang memujuk hati ini untuk menunggu,
Bertahun juga aku perlukan untuk memaksa hati aku untuk terus mencari,
Tetapi yang lagi menyeksakan adalah penantian menemukan 'itu',
Kerana 'itu' tidak mudah-mudah untuk ditemukan,
Membuatkan aku terus menunggu.

Mujur,
Mujur sekarang aku dapat rasakan 'itu' semakin mendekati diriku,
Tanpa paksaan, tanpa deraan, cuma penantian,
Supaya masa yang memainkan peranan,
Terhutang budi aku terhadap masa,
Semakin aku mengabaikannya, semakin dia membantuku untuk bertemu dengan 'itu',
Mujur..bisik hatiku.

Lega,
Jiwa dan hatiku lega apabila 'itu' semakin dekat dengan diriku,
Dan aku semakin mengenalinya semula,
Aku percaya 'itu' yang akan sentiasa menemaniku selepas ini,
Lega aku dapat bertemu dengan 'itu' semula. -nazymolko-




*sori entri saye sejak kebelakangan ni agak sentimental.. hati sy agak berbaldu akhir-akhir ni.

Sunday, 19 February 2012

getting back to myself.



Sometimes it feels like there is something haunting me....from the inside.
And it keeps asking me questions that I am not able to answer....because i don't know what the answer is.

It makes me think, ' Why can't I be stronger like I was used to be? '..

...and I'm searching myself...back again..but what I will finally found is-' I'm just lost! '

Sometimes I feel like to change myself...to make a change.
But at the end of the day, I feel like I am not me anymore...and I don't really like the way it feels.
I also realized that the change that I had made have nothing to do with myself..means there is nothing in return / the change is useless!




So, I make a decision.
I don't want to be a new person. Don't want to be the new me. Because I think my true self helps me more than the new 'stranger'-self of me that I don't really know who 'he' really is.
I don't hate 'him', but I just don't want to be 'him'. I want to be me. Because I prefer live my life being who I am rather than being a person that I SUPPOSED to be but 'He' don't really want me to be him. So I stop..and be me-the one that I know better and comfortable to be in and also prefer to live with. 

Thursday, 16 February 2012

permulaan untuk pengakhiran

Memandangkan result sem lepas (Sem 5) hanya dalam kategori 'Jangan Berpuas Hati Cuba Usaha Lebih Lagi', jadi sem depan yg juga merupakan sem AKHIR, kena la struggle to the fullest *sebab dah berangan nak grad nanti dengan dean list kan..

Selame ni kalo balik je dari cuti sem ke Pulau Lala xde ape dalam kepale aku yg berkenaan dgn akademik. Aku lebih mengamalkan prinsip 'just follow the flow bebeh!'. Tidak ada usaha yang berlebihan, tiada tekanan terhadap hal-hal berkenaan, dan habiskan mase dgn perkara yg HANYA mengembirakan hati. HAHA --> mmg sia-sia kerajaan bg masuk U.

Tapi bila result sem 5 ni dah keluar, aku macam terdengar bisikan lonjatan paradigma yang memesan kepade hati aku. Beliau suruh masuk sem akhir ni, sila la tumpukan lebih kepada akademik. Bukan meroyan tak tentu pasal macam sem-sem lepas.

Sem lepas yang aku tau datang U ni hanyalah untuk:
1) Menari - kuang ajor x org anto yol belajo multimedia tp sibuk nak menari??..haha
2) Tengok movie marathon - ni yg paling best bile invite kawan dtg bilik ramai2 bawak makanan pastu tgok sampai 4-5 pagi.
3) Mengilai x tentu pasal dengan rakan-rakan seperjuangan dimana-mana pada bila-bila masa.
4) Masuk kuliah hanya untuk menunggu kuliah HABIS!
5) Study last minute. Malam sebelum paper.
6) ..dan lain-lain aktiviti x berpekdah tp x boleh nak tulis kat sini demi menjage sensititviti kaum, hak individu, dan kebebasan berpolitik. =p

Oleh yang demikian, DEMI SEM AKHIR ni, aku BUKAN berjanji pada diri aku, cuma akan cuba untuk lakukan semua yang termampu demi menjulang segulung ijazah dengan lebih bangga dan penuh makna bulan 10 tahun ni nanti. InsyaAllah~

*syukur masih mampu mengekalkan 3 pointer sem ni..Tapi, pointer
tak menjamin masa depan, kemahiran dan ilmu yang mampu di-PRAKTIK-kan itu yang boleh menjamin masa depan.



aku ni mudoh sgt semangat tetibe..


Tuesday, 14 February 2012

TERUS


..sebab saya percaya yang orang takkan pernah rasa cukup dari satu,

mesti nak kena ada yang lebih..

Entah lah..

I just feel that way..

tapi hidup harus diteruskan.


-KA-