Thursday 28 April 2016

Harafiah, Bukan.

Apabila bayang yang dilihat semakin pekat,
Itu bermakna cahaya mentari semakin kuat.
Itu juga bermakna paras haba di situ ikut meningkat.

Begitu juga dengan hasrat,
Bila muncul sesuatu yang menyekat,
Bisikan untuk memberontak kian ligat.

Begitu juga dengan dua kepala yang diikat,
Bila susut kata dan lidah terjerat,
Bikin perasaan mengaku tak larat.

Semua itu buat kepala sarat,
Kerana bayang yang datang tidak bersurat,
Masakan dikawal panas yang mahukan dua tadi dikerat.

Harapkan sahaja pakat itu tidak tinggal karat.
Harapnya yang kekal kuat itu tekad.




Wednesday 27 April 2016

Cinta Sekali

Aku rindu watak dalam mimpi sendiri.
Namanya aku tidak pasti.

Wajahnya lembut, bak dewi.
Bertudung litup, manis tak terperi.
Kulitnya cerah, tak jemu lihat hanya sekali.

Aku jumpa dia malam tadi.
Bangun dari mimpi, aku lihat tiada lagi.

Kini aku rindu, kepada seseorang yang bukan dari realiti,
Aku mahu jumpa dia kembali,
Sekurangnya untuk satu, yakni ucapkan selamat pergi.

Saturday 23 April 2016

Saved Conversation

Sedang Nazrin duduk menemani Saidati smoking, gadis itu bersuara

Saidati: Nazrin you takde girlfriend?

Nazrin: Takde.

Saidati: Kenapa ye?

Nazrin: *terus menatap telefon bimbit memikirkan jawapan

Saidati: You heartbroken?

Nazrin: Hmmm..

Lalu Nazrin pun sambung humming lagu Love Interruption nyanyian Jack White yang dipasang menggunakan telefon bimbitnya sejak tadi dengan menganggap soalan Saidati sebentar tadi telah terjawab.

-april 24, 2013