Setiap apa yang aku fikir adalah karut. Sengaja aku abadikan karutan itu dalam tulisan sebegini. Di sini. Supaya dapat aku simpan segala karutan itu dalam medium yang aneh ini.
Monday, 13 August 2012
Mencari Konklusi.
Genap sudah setahun. Sekejap masa berlalu
tapi kemalangan lama masih dalam ingatan. Tapi ingatan sifatnya bukan
pendendam. Pendendam mungkin susuk yang lain, tapi susuk yang ini berbeza.
Susuk ini diajar, atau mungkin bukan diajar, tetapi memang sifat yang wujud
dalam darah, untuk tidak terus berdendam. Ingatan yang tadinya mungkin marah
tapi pada detik ini tidak lagi. Seperti yang ingatan mahu, ianya bukan mahu
berdendam, cukup untuk mengingati. Cukup tepat dengan kata akarnya. Jadi
ingatan hanya mahu pastikan kemalangan itu untuk tidak berulang. Semudah itu
ingatan menyelesaikan konflik tapi mampu mengurangkan potensi untuk si susuk
menemui kemalangan kedua. Sebab apa? Sebab yang marah bukannya ingatan, yang
marah adalah hati. Jadi yang perlu ditenangkan adalah hati bukan ingatan. Hati
pula banyak pil-pil dan suntikan yang boleh meredakan tenatnya. Bagi si susuk, dadah
yang paling mujarab ialah paramasatemol. Paramasatemol yang setahun ditelan
tanpa menogok air sekali dengan papan-papannya nampaknya berkesan kepada si
susuk. Mujur tak mati. Mati dek dadah yang overdose!
Tiba masa untuk si susuk
berhenti menelan paramasatemol. Bukan kerana sudah abes stok, bukan kerana
membahayakan nyawa, bukan juga kerana poket berhabuk, tetapi kerana si susuk
dah bosan, atau mungkin malas, untuk memikirkan tentang kemalangan itu. Sebenarnya, ada
satu hal yang susuk taknak orang awam yang bukan penagih dadah sepertinya tahu.
Hal itu lebih berkait kepada memori, yang juga milik ingatan. Memori sang
penagih dadah dengan pusher-nya yang tak difahami oleh penagih dadah yang lain.
Siapa kata pil yang orang demam telan tu dadah?
Kalau dadah kenapa telan?
(senyap)
(diam)
(sunyi)
(tak berjawab)
Ternyata santun ingatan lebih terpuji dari santunnya hati. Sebab tu orang
tua-tua cakap, Jangan ikut hati nanti mati. Jadi apa salahnya jika hati
berhenti menagih, supaya ingatan mampu terus tersengih. Takut-takut nanti, si susuk ketagih
Paramasatemol lagi!
*Sedia memaafkan dan meminta maaf lebaran ini. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batinkawan lama.
No comments:
Post a Comment