Wednesday, 14 November 2012

Silang Kerangka

Ini perkara baru. Selama ini aku percaya jika ada apa-apa yang mencabar prinsip yang telah aku tanam dalam diri, aku perlu tetapkan pendirian aku walau dengan apa cara sekali pun. Tidak boleh biarkan hal yang cuba memainkan martabat pendirian yang aku pegang untuk bermaharajalela. Pendirian tetap pendirian dan harus terus berdiri. Suka atau tidak, itu perkara kedua. Kerana kau percaya pendirian yang teguh akan menjamin siapa diri di masa depan yang baik.

Tapi itu dulu, ketika hal-hal yang datang mencabar pendirian tidaklah sehebat mana. Sekarang adalah berbeza. Pendirian mula tergugat dek goncangan hal-hal yang mencabarnya. Semakin rapuh dasarnya adalah kerana kemahuan yang semakin meluak-luak untuk dilunaskan. Kemahuan ini yang senang-senang ditolak dahulu kini tidak lagi dapat ditolak. Pendirian sering berpesan supaya jangan terlalu mengikut kemahuan, kerana bisa membinasakan badan. Tapi degil. Atau mungkin tak terkawal. Tak dipedulinya pendirian. Dah jauh menyimpang apabila lebih tunduk kepada kemahuan dari mematuhi pendirian.

Tahu bukan tak tahu. Tahu yang jika pendirian terus teguh, diri yang akan datang tidak akan berasa kecewa. Tapi kemahuan datang ini boleh gila jika diabaikan pada masa ini. Berbeza jisim dan dimensi, menjadi pening memikirkan yang mana satu harus diikuti.

Akhirnya, pendirian terkorban, kerana kemahuan nampaknya memberi lebih kepentingan untuk masa terdekat ini. Bermakna hati berkata, “Persetankan masa depan”.


No comments:

Post a Comment