Thursday 25 October 2012

Tali gantung.

Tanpa perbicaraan, tanpa kuasa mahkamah,
Aku diseret...bukan mendekat, tapi menjauhi,
Menjauhi tali gantung itu.

Ini akibat jenayah yang aku lakukan,
Jenayah yang tidak tertakluk dalam undang-undang,
Kerana itu lah aku yang berlari ke tali gantung itu sendiri,
Tapi dihalang pengawal penjara dan mengheret aku jauh dari tali itu.

Aku mahu ke tali gantung itu,
Tanpa berpakaian banduan, tapi dengan muka penuh kesialan/penyesalan,
Aku mahu menghukum diri ini, diri yang bodoh ini.

Kenapa mereka halang aku?
Aku sangat memerlukan tali gantung itu,
Untuk mengantung diri ini, sampai mati.

Jenayah yang aku lakukan ini membuatkan aku memaki diri,
Tak henti-henti, setiap hari.

Kalau mereka tidak kasi aku mengantung diri sendiri, aku mahu terjun sahaja dari bangunan mahkamah ini, asalkan mati. Baru lega hati ini.

Tapi, kau tetap tidak akan kembali, walau tali gantung itu menjadi saksi.

Menangis. Menyesali. Mandatori.





"All that was there, Will be there still" 



Monday 15 October 2012

Mata & Helmet

Bukan jalanraya yang aku nampak. Fikiran ni mudah sangat mengelamun. Mujur tak langgar apa-apa yang ada di hadapan.

Pendikit ditarik sampai tak dapat ditarik lagi. Mata pula yang tidak pernah lekang memandang ke hadapan sebenarnya tidak nampak apa-apa pun. Mata tidak nampak yang di depan tu ada jalanraya berwarna hitam, kereta yang bergerak laju, tembok bata, motor, kereta yang bergerak perlahan, dan palang-palang berwarna jingga. Tapi kalau selekoh dan simpang, memang mata nampak.

Mata tak nampak semua itu kerana satu sebab je. Sebab yang memandang ke depan bukan mata, tapi hati. Hati sangat petah dan tak henti-henti berbisik. Dari satu babak ke babak seterusnya, hati terus terinspirasi untuk berbisik. Apa yang dibisik hati itu terpapar di pandangan. Sebab tu mata yang tadi tu sepatutnya melihat di depan tapi tak nampak apa-apa. Sebab yang nampak adalah bayangan yang dibisikkan hati, hanya lah.

Buah fikiran yang tinggi kualitinya juga sering diperolehi ketika hati berbisik. Dan kerapnya hati berbisik ketika di atas jalanraya. Bermakna , sudah banyak buah fikiran yang tercambah ketika di jalanraya, ketika mata terbuka tapi tak nampak, ketika tangan memulas pendikit, ketika di kepala adanya helmet.

-Si Polan pun terus Berkhayal & Berangan.


Sunday 7 October 2012

rawak

otak yang percuma ini, berapa nilainya?
mungkin dah beku agaknya.
sebab tak mampu nak fikir perkara lain.
tak mampu juga dari segi wang ringgit. sebab masa tu masih muda. tiada apa-apa.

sekarang masih sama. banyak yang hilang. yang baru datang hanya satu.

biarlah biarlah biarlah.....jangan kau peduli lagi.
otak dah beku makanya fikiran jadi buntu.
semua kau mahu fikir, tapi tak tertanggung dek jasad yang zahir.

berkeceramuk, bersepah, bertempiaran.
jangan kau fikir lagi..tolong lah.
semakin buntu otak yang beku dibuatnya.

hanya letak di satu tahap, mungkin itu sebabnya.
tapi bukan aku yang letak, tak dapat dikawal-lah!
ba-alif-ba-ya!

otak yang beku membuatkan kau tertumpu kepada sesuatu,
mengingat kepada yang tak perlu,
dan itu cukup menganggu.

alih tumpuan kau. alih kepada yang lebih mustahak.
lupakan yang remeh temeh. itu cara kau untuk mendewasa.
bukan setakat dewasa, malah menjadikan kau raja walaupun hanya kepada diri sendiri.
tidakkah itu yang lebih penting?

dari kau bermain dengan perasaan, membenci diri sendiri, dan langsung tidak dipeduli,
sedangkan kau lebih daripada itu. dan lebih lagi untuk kau jika kau tidak begini.

"lalu otak pun mencair, melakukan apa yang perlu", akhiri si polan.




Thursday 4 October 2012

Siri Mimpi Tadi: Malam ke-21,9050

Rekabentuk.
Layar Perak.
Lupa.
--------------------------------
Terdampar di gurun bersalji.
Dikhianati kawan.
Berjumpa 3 orang kawan lama.
--------------------------------
Jelek. "Ah xnak ingat!"
--------------------------------
Adalah seorang ahli silap mata.
-----------------------------------


Wednesday 3 October 2012

Galaktik Bima Sakti

Jari telunjuk dan jari tengah, berganda. Muncul tiba-tiba entah dari mana di celah-celah ruang angkasa.
Jari-jari ini adalah penunjuk kepada takat usia. Usia si polan terapung di ruang galaktik bima sakti, galaktik yang jangan kau banding usianya dengan dua jari yang tak seberapa ini.

Selama ini si polan fikir ruang angkasa ini turut berubah sepertimana berubahnya fizikalnya. Si polan hanya nampak ruang angkasa yang pekat hitamnya dengan kelip-kelip yang tidak terbang, tapi terapung.
Tak pernah terlintas dalam benak si polan untuk menangkap kelip-kelip itu dan simpannya di dalam balang, seperti kanak-kanak lain akan lakukan kebiasaannya.

Si polan hanya lihat kelip-kelip ini dari jauh. Terkebil-kebil mata si polan.



Tapi hari ini, malam ini lain. Galaktik bima sakti mula membosankan rasa si polan. Bosan menatap hitam yang sama, kelip-kelip yang terbangnya statik, bebola api yang menjunam ke satu arah yang tak pasti destinasinya, dan mahkluk asing yang busuk mulutnya. 

Lagipun......lagipun si polan mula rasa sesak nafas. Hidrogen yang disedut hari-hari sejak mula zaigot tertumbuh di ruang angkasa ini mula rasa memualkan. Si polan pernah terfikir yang semakin zaigot memfetus, Hidrogen yang disedut semakin lama semakin wangi. Namun ternyata si polan silap.

Hidrogen tidak mewangi, tapi tidak juga membusuk. Cuma tidak berubah. Itu menjadi masalah buat si polan.

So polan fikir, dari terapung hanya menyedut Hidrogen yang kian memualkan, baik dia cuba lari ke arah kelip-kelip yang menurut lagenda, di sana bukan Hidrogen untuk disedut, tetapi Xenon. Kalau benar kata lagenda, si polan mahu ke sana. Mahu ke arah kelip-kelip tak bersayap itu, dan sedut Xenon untuk mengubah segalanya.

Semoga si polan sampai ke sana, sambil meredah galakti bima sakti yang tidak berpenghujung itu. 





Monday 1 October 2012

Tersorong.

Tak terancang apa yang ada dalam bulan ini. Masih cuba memujuk dan memarahinya dengan ayat yang diulang-ulang, "Jangan manja sangat!".

Apa yang ada bulan ini. 10 kelihatan seperti nombor yang menarik dan menenangkan mungkin.
Benarkah ianya setenang nombor 10 itu? Aku tak pasti. Hanya ikut kata hati, Ikut la apa nak jadi. Nanti.

Ada 30 hari semuanya bulan ini. Apa yang ingin dicapai, biar sendiri tahu. Diri, keluarga, kawan, duit, dan mungkin cinta?

Bulan ini perlu bersikap terbuka kerana banyak yang akan dilalui. Atau banyak yang dah bebaruh. Banyak sikap yang perlu diubah, supaya 5 elemen cekerawala itu mampu dipenuhi isipadunya.

Sayap berhabuk dikibas. Kaki bersisik diregang. Berkucup paruh dengan nuri yang dulunya merak, dan mengenang hari ianya menetas. Mengutip pelepah yang gugur dan cantumkan kembali. dan yang paling penting....penting sekali. Mencium paruh si merak albino supaya ia tidak bersedih lagi. dan yang lain, biar tersimpan di celah-celah bulu pelepah yang berwarna ungu ini.

datangnya bulan ini dengan paruh yang tak mancung. dan datangnya Oktober, dengan pipi yang tersorong-sorong.