Wednesday, 3 October 2012

Galaktik Bima Sakti

Jari telunjuk dan jari tengah, berganda. Muncul tiba-tiba entah dari mana di celah-celah ruang angkasa.
Jari-jari ini adalah penunjuk kepada takat usia. Usia si polan terapung di ruang galaktik bima sakti, galaktik yang jangan kau banding usianya dengan dua jari yang tak seberapa ini.

Selama ini si polan fikir ruang angkasa ini turut berubah sepertimana berubahnya fizikalnya. Si polan hanya nampak ruang angkasa yang pekat hitamnya dengan kelip-kelip yang tidak terbang, tapi terapung.
Tak pernah terlintas dalam benak si polan untuk menangkap kelip-kelip itu dan simpannya di dalam balang, seperti kanak-kanak lain akan lakukan kebiasaannya.

Si polan hanya lihat kelip-kelip ini dari jauh. Terkebil-kebil mata si polan.



Tapi hari ini, malam ini lain. Galaktik bima sakti mula membosankan rasa si polan. Bosan menatap hitam yang sama, kelip-kelip yang terbangnya statik, bebola api yang menjunam ke satu arah yang tak pasti destinasinya, dan mahkluk asing yang busuk mulutnya. 

Lagipun......lagipun si polan mula rasa sesak nafas. Hidrogen yang disedut hari-hari sejak mula zaigot tertumbuh di ruang angkasa ini mula rasa memualkan. Si polan pernah terfikir yang semakin zaigot memfetus, Hidrogen yang disedut semakin lama semakin wangi. Namun ternyata si polan silap.

Hidrogen tidak mewangi, tapi tidak juga membusuk. Cuma tidak berubah. Itu menjadi masalah buat si polan.

So polan fikir, dari terapung hanya menyedut Hidrogen yang kian memualkan, baik dia cuba lari ke arah kelip-kelip yang menurut lagenda, di sana bukan Hidrogen untuk disedut, tetapi Xenon. Kalau benar kata lagenda, si polan mahu ke sana. Mahu ke arah kelip-kelip tak bersayap itu, dan sedut Xenon untuk mengubah segalanya.

Semoga si polan sampai ke sana, sambil meredah galakti bima sakti yang tidak berpenghujung itu. 





No comments:

Post a Comment