Wednesday, 15 August 2012

Baca boleh, percaya Jangan.

Ada orang cakap, seorang je sebenarnya yang bercakap tu, bunyinya begini, “Orang yang suka berfalsafah ni biasanya hipokrit”.

Aku pada mulanya juga melatah. Memang sikap melayu yang kuat melatah. Tak perlu tunggu jadi Mak Bedah ataupun Mak Jenah, memang dah tahu melatah.
Ada betulnya kata si seorang, biasanya orang yang berfalsafah memang hipokrit. Lebih-lebih kalau falsafah itu dikopi-pes dari teko jiran sebelah. Kalo teko sendiri jangan risau, memang si pembuat kopi itu pandai falsafah, bukan macam si hipokrit. Tapi kalo sudah pandai berfalsafah,kenapa masih mahu membuat kopi?? Sebab susah kita nak tahu siapa yang membancuh kopi itu sebenarnya kalau kita di ruang tamu, tapi yang membancuhnya tu di dapur.

             Sebab itu ramai ahli falsafah belajar sastera. Supaya tidak dianggap hipokrit. Sebab sastera membezakan ahli falsafah selaku pembuat kopi dengan ahli falsafah selaku falsafah sebenar. Ahli falsafah selaku pembuat kopi hanya berfalsafah supaya orang sekeliling percaya dirinya bagus sebagus prinsip yang dibawa serbuk kopinya. Walhal, kopi tu Mak Bedah yang kuat melatah tu pun tak teringin nak tenguk. Mak Bedah lagi suka kopi yang dibuat dengan hati, macam kopi Mak Jenah. Sebab tu mereka berkawan.

Tapi… jangan percaya sangat sebab teori ni aku reka sendiri. Reka sendiri tak bermakna aku hipokrit, tapi mungkin aku penipu. Tapi kalau engkau bijaksana, mustahil kau akan tertipu. Sebab orang yang bijaksana tidak tertipu, tetapi percaya. Penipu macam mana pun aku, sekurang-kurangnya tidak lah seperti si pembancuh kopi. Maka itu….baca boleh percaya jangan. 


No comments:

Post a Comment