Sunday 18 May 2014

Invincible

Dalam kepala ada bayangan pagar di kawasan depan rumah di pekan,
Ada bangunan besar yang aku takut nak masuk.
Keduanya bercampur, rawak.

Dan aku tengah berdiri. Di situ, di tengah-tengah.
Pertimbang samada mahu pulang, atau mahu terus langkah.

Semangat ini mengingatkan aku pada satu roh.
Roh yang hilang entah kemana sejak 9 tahun yang lepas.

Semangat ini cuba menarik roh itu keluar dari tempat persembunyiannya.
Dan bersedia untuk meresap masuk ke jasad yang lama kaku.
Lalu mengemudi kaki yang lama terpasak, dek gentar tak bersebab.
Atau sebab yang tak patut.
Dan terangkat melangkah satu tapak, satu demi satu.

'Biar lambat, asal jangan terus tercengat.'
Itu pesan dari atas.
'Tak sampai pun tak mengapa, asal bergerak.
Tak pegun, tak gerun.'

Biar berpusing dalam satu paksi, asalkan seluruh deria terus berfungsi.
Tak henti, tak mati.
Anggap-lah kaki ini punya sakti.

Tak mengapa kalau tak betul, tak mengapa kalau hanya fantasi.
Asal takdir diri tidak diperjudi, oleh diri sendiri.


Tuesday 13 May 2014

A Letter for The Naive Society

Mencari jawapan untuk enigma an-nas yang naif.

Faham dan Fikir.

Dunia ni, kau kena faham manusia-manusia lain jugak. Bukan faham diri sendiri sahaja. Bukan kau seorang manusia dalam dunia ni.

Kalau kau fikir pasal diri kau hanya, Kau akan jadi pentingkan diri sendiri.
Kau akan tuduh manusia lain salah.

Kau, Aku.....Kita,
Hanya sebahagian dari dunia ini.
Makanya, faham dan fikir.