Wednesday 3 July 2013

Termaktub.

Bagi jiwa engkau bebas.
Bagi minda engkau bebas.
Bagi hidup engkau bebas.

Jangan fikirkan si bangsat dalam diri!
Jangan fikirkan apa yang orang fikir!
Jangan fikirkan masa depan!

Semuanya telah termaktub!


Monday 1 July 2013

Muda Jilid II

Masih terlalu banyak masa untuk;

Bersuka ria,
Berangan raja,
Berjudi gila,
Bergelumang dosa,
Menderhaka usia,
Menelan bahasa,
Memburu mangsa,
Mensyurga deria.

Bebas. Buar rugi segala, jangan sesal tanpa bangga.
Cuma ingat satu, satu je..
Perjalanan ini dan destinasi nanti adalah milik Yang Esa.  

                              

Selepas Sebelas.

Dobi.Komunikasi Merah.Biskut.Kuli Dobi.Kopi Amerika.Hidup Herba.Diplomatik.Akademik.Papan Hitam.Susu Sejuk Berkrim & Cebisan Ais.Ahli Hipokrit Bertauliah.Pemilik Kotak Berlapis. 7E Tempatan.