Monday 18 February 2013

I. Lie.

If you ask me to give 3 words to describe myself,
I'm gonna say......'Insecure', 'Lonely', and 'Broken'.
At least for this very moment.

I always wish that I can be somebody else,
somebody much stronger than I am now,
somebody that is not................me.

Yeah, you won't believe me if I tell you that I'm broken.
I don't believe myself either.
But yes, i am.

I believe that all of us are gonna end up being alone someday.
So from now on, I have to let myself learn to live by myself and get used to it.......................................I. Lie.


Sunday 10 February 2013

Kedamaian yang Total.

Dua ribu enam ratus sepuluh kilometer dari ibukota.
Asal nafas matang jasad.
Turapan sedang basah, rimbunan sedang lembab.

Dingin dan berangin.

Tangan kiri dihulur dari celahan lubang mesin beroda.
Gurindam lagu kegemaran yang mengambarkan keseluruhan kehidupan terngiang dalam kepala.
Tiada senikata, cuma senandung yang merdunya ternyata di sebalik sorokan hiba.

Menoleh ke kiri, satu tona sahaja yang terpapar, dan menyaman deria primium.
Kulit pokok jelas melambangkan dingin atmosfera ketika ini.
Dedahan yang membentuk secara rawak melambangkan kebebasan mutlak pada ketika ini.

Senang.
Mahu sahaja aku peluk seluruh isi alam pada ketika ini jika mampu.
Mahu peluk seluruh isi alam yang bertona seragam ini.
Sambil cuba lupakan kebangsatan dunia,
dan abadikan diri dalam kedamaian yang total ini.


Monday 4 February 2013

Mendung Isnin Pagi.

Mendung pagi ini, selari dengan cuaca di dalam sanubari.
Pagi ini seperti tidak sedap hati,
Rasa sendiri, masih lagi.

Si belat yang aku tunggang terus tekun ke destinasi.
Aku intai mukanya dari tempat tunggangan, serius riaknya.

Tak suka melihat lampu jalan yang terbuka sendiri, sedangkan hari masih terlalu pagi.
Mungkin kerana lampu itu dikawal fius malam matiksendiri, jadi menyala dek mendung di pagi hari,
Tertipu ia di bahu jalan memikirkan sudah senjahari.

Terbayang beberapa wajah ulat jingga,
Aku tidak suka mereka.
Tapi harus berhadapan, setiap hari tanpa leka.

Minggu ini bakal terbeban, dek timeline yang berlambakan.

Tiba-tiba muncul rasa hiba.
Hati ini ingin menangis aku kira.
Tapi tiada sebab untuk itu.

Biarlah..
Gagak berkepala kelabu yang berterbangan di sini seperti mengetahui tentang aku.
Aku rasa gagak-gagak ini lebih memahami diri aku dari aku sendiri.
Melihat mereka berterbangan, dengan raut wajah yang kusam,
Membuatkan aku terkerut dahi.

Pagi kian mendung, dan hujan lagi.
Yang mendung awan di langit lazuardi, yang hujan langit di sanubari.
Lagi sekali.