Friday 17 August 2012

Aidilfitri 2012

Lambat rasa teruja raya tahun ni. Sampai macam orang gila aku terjerit melalak seorang atas motor otw balik ke Puchong lepas supervisor kasi balik awal. Menyanyi. Melalak.

Bukan tak teruja, tapi tak rasa. Entah la kenapa.
Memang tak sabar, tapi entah lah.
(Sebenarnya bukan entah, tapi ada sesuatu yang lebih mustahak untuk difikirkan. Difikirkan dengan dalam-dalam. Yang menentukan siapa aku 10 tahun akan datang)

Raya kali ni sedikit berbeza dengan kehadiran orang-orang baru.
Tahun lepas seorang. Tahun ni seorang lagi. Raya yang dirasakan semakin hambar pada hati-hati yang semakin men-dewasa nampaknya kembali terasa kemeriahannya dengan kehadiran orang-orang baru ini.
Semakin ramai nanti, semakin meriah la. Aku ingat makin tua makin tak best raye. Sebab dah mula rasa begitu beberapa tahun yang lepas. Rupanya silap, dengan kehadiran orang-orang baru ini, dan semakin bertambah dari tahun ke tahun mendatang, raya sebenarnya semakin meriah. Sama je meriahnya seperti yang dapat dirasakan ketika kecil-kecil dulu.

Darah daging dan juga daging yang berbeza darah. Mana-mana mereka yang membawa kebahagiaan kepada hati ini, mereka lah yang sangat dialu-alukan. Syukur Allah bawa mereka ke hidup aku. Supaya nostalgia Raya ketika kecil terasa hingga ke hujung nyawa.

Aidilfitri ini, tambah satu lagi kenangan bersama Taming Mas. Dan sudah tentu video terakhir kami bersama-sama. Tiada peluang ini lagi sampai bila-bila. Video ini bukan setakat video raya semata-mata, tetapi kenangan yang diabadikan dalam satu bentuk yang boleh ditonton apabila hati-hati yang terlibat merasa rindu.


Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini. Maaf Zahir & Batin.

Thursday 16 August 2012

Baru tahu.

Selama ni dengar orang cakap je. Aku selalu menafikan je. Tapi akhir-akhir ni aku mula perasan, yang betul apa yang dorang cakap walaupun kedengaran tipikal. Sebab aku sendiri dah rasai.
Apa yang mereka cakap?
Ini yang mereka cakap.

Jangan harap orang faham perasaan kita selagi mereka tak berada di tempat kita’



*Kau nafikan ke tidak?

Wednesday 15 August 2012

Baca boleh, percaya Jangan.

Ada orang cakap, seorang je sebenarnya yang bercakap tu, bunyinya begini, “Orang yang suka berfalsafah ni biasanya hipokrit”.

Aku pada mulanya juga melatah. Memang sikap melayu yang kuat melatah. Tak perlu tunggu jadi Mak Bedah ataupun Mak Jenah, memang dah tahu melatah.
Ada betulnya kata si seorang, biasanya orang yang berfalsafah memang hipokrit. Lebih-lebih kalau falsafah itu dikopi-pes dari teko jiran sebelah. Kalo teko sendiri jangan risau, memang si pembuat kopi itu pandai falsafah, bukan macam si hipokrit. Tapi kalo sudah pandai berfalsafah,kenapa masih mahu membuat kopi?? Sebab susah kita nak tahu siapa yang membancuh kopi itu sebenarnya kalau kita di ruang tamu, tapi yang membancuhnya tu di dapur.

             Sebab itu ramai ahli falsafah belajar sastera. Supaya tidak dianggap hipokrit. Sebab sastera membezakan ahli falsafah selaku pembuat kopi dengan ahli falsafah selaku falsafah sebenar. Ahli falsafah selaku pembuat kopi hanya berfalsafah supaya orang sekeliling percaya dirinya bagus sebagus prinsip yang dibawa serbuk kopinya. Walhal, kopi tu Mak Bedah yang kuat melatah tu pun tak teringin nak tenguk. Mak Bedah lagi suka kopi yang dibuat dengan hati, macam kopi Mak Jenah. Sebab tu mereka berkawan.

Tapi… jangan percaya sangat sebab teori ni aku reka sendiri. Reka sendiri tak bermakna aku hipokrit, tapi mungkin aku penipu. Tapi kalau engkau bijaksana, mustahil kau akan tertipu. Sebab orang yang bijaksana tidak tertipu, tetapi percaya. Penipu macam mana pun aku, sekurang-kurangnya tidak lah seperti si pembancuh kopi. Maka itu….baca boleh percaya jangan. 


Tuesday 14 August 2012

Jangan percaya teori ini.

                 Tak perlu Masters tak perlu PhD. Faham hanya dengan otak yang terperap dalam tengkorak sendiri. Bukan kerana teori ini,tetapi kerana mentaliti. Siapa-siapa pun boleh reka teori. Salah atau tak, dah namanya pun teori. Tapi, jangan sampai menyusahkan diri. Kalau falsafah yang kontang sasteranya macam tulisan ini, siapa yang peduli? Diri sendiri lah yang peduli siapa lagi. Teori ini bukan untuk dibawa mati, bukan untuk sakitkan hati, bukan juga untuk dicaci. Jadi untuk apa?
Jangan ditanya aku, sebab aku pun tak peduli.






Monday 13 August 2012

Mencari Konklusi.

              Genap sudah setahun. Sekejap masa berlalu tapi kemalangan lama masih dalam ingatan. Tapi ingatan sifatnya bukan pendendam. Pendendam mungkin susuk yang lain, tapi susuk yang ini berbeza. Susuk ini diajar, atau mungkin bukan diajar, tetapi memang sifat yang wujud dalam darah, untuk tidak terus berdendam. Ingatan yang tadinya mungkin marah tapi pada detik ini tidak lagi. Seperti yang ingatan mahu, ianya bukan mahu berdendam, cukup untuk mengingati. Cukup tepat dengan kata akarnya. Jadi ingatan hanya mahu pastikan kemalangan itu untuk tidak berulang. Semudah itu ingatan menyelesaikan konflik tapi mampu mengurangkan potensi untuk si susuk menemui kemalangan kedua. Sebab apa? Sebab yang marah bukannya ingatan, yang marah adalah hati. Jadi yang perlu ditenangkan adalah hati bukan ingatan. Hati pula banyak pil-pil dan suntikan yang boleh meredakan tenatnya. Bagi si susuk, dadah yang paling mujarab ialah paramasatemol. Paramasatemol yang setahun ditelan tanpa menogok air sekali dengan papan-papannya nampaknya berkesan kepada si susuk. Mujur tak mati. Mati dek dadah yang overdose

               Tiba masa untuk si susuk berhenti menelan paramasatemol. Bukan kerana sudah abes stok, bukan kerana membahayakan nyawa, bukan juga kerana poket berhabuk, tetapi kerana si susuk dah bosan, atau mungkin malas, untuk memikirkan tentang kemalangan itu. Sebenarnya, ada satu hal yang susuk taknak orang awam yang bukan penagih dadah sepertinya tahu. Hal itu lebih berkait kepada memori, yang juga milik ingatan. Memori sang penagih dadah dengan pusher-nya yang tak difahami oleh penagih dadah yang lain.

Siapa kata pil yang orang demam telan tu dadah?
Kalau dadah kenapa telan?

(senyap)
(diam)
(sunyi)
(tak berjawab)

Ternyata santun ingatan lebih terpuji dari santunnya hati. Sebab tu orang tua-tua cakap, Jangan ikut hati nanti mati. Jadi apa salahnya jika hati berhenti menagih, supaya ingatan mampu terus tersengih. Takut-takut nanti, si susuk ketagih Paramasatemol lagi!




*Sedia memaafkan dan meminta maaf lebaran ini. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kawan lama.