Friday 17 August 2012

Aidilfitri 2012

Lambat rasa teruja raya tahun ni. Sampai macam orang gila aku terjerit melalak seorang atas motor otw balik ke Puchong lepas supervisor kasi balik awal. Menyanyi. Melalak.

Bukan tak teruja, tapi tak rasa. Entah la kenapa.
Memang tak sabar, tapi entah lah.
(Sebenarnya bukan entah, tapi ada sesuatu yang lebih mustahak untuk difikirkan. Difikirkan dengan dalam-dalam. Yang menentukan siapa aku 10 tahun akan datang)

Raya kali ni sedikit berbeza dengan kehadiran orang-orang baru.
Tahun lepas seorang. Tahun ni seorang lagi. Raya yang dirasakan semakin hambar pada hati-hati yang semakin men-dewasa nampaknya kembali terasa kemeriahannya dengan kehadiran orang-orang baru ini.
Semakin ramai nanti, semakin meriah la. Aku ingat makin tua makin tak best raye. Sebab dah mula rasa begitu beberapa tahun yang lepas. Rupanya silap, dengan kehadiran orang-orang baru ini, dan semakin bertambah dari tahun ke tahun mendatang, raya sebenarnya semakin meriah. Sama je meriahnya seperti yang dapat dirasakan ketika kecil-kecil dulu.

Darah daging dan juga daging yang berbeza darah. Mana-mana mereka yang membawa kebahagiaan kepada hati ini, mereka lah yang sangat dialu-alukan. Syukur Allah bawa mereka ke hidup aku. Supaya nostalgia Raya ketika kecil terasa hingga ke hujung nyawa.

Aidilfitri ini, tambah satu lagi kenangan bersama Taming Mas. Dan sudah tentu video terakhir kami bersama-sama. Tiada peluang ini lagi sampai bila-bila. Video ini bukan setakat video raya semata-mata, tetapi kenangan yang diabadikan dalam satu bentuk yang boleh ditonton apabila hati-hati yang terlibat merasa rindu.


Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini. Maaf Zahir & Batin.

1 comment:

  1. ahaks ! jumpa blog dia. Hai hai hai hai ^^, *teruja teruja

    ReplyDelete