Tuesday 29 January 2013

Anarki

Aku di tingkat dua, kau setingkat di bawahku.
Apa yang kau buat, siapa yang kau tunggu?
Alangkah baiknya jika yang ditunggu itu aku.

Kelabu biru kelabu.
Indah apa yang terpampang di hadapanku.
Tak jemu melihat, ingin aku ketahui kau lebih dekat.

Teringat pula pertemuan pertama dengan si merak putih.
Mungkin begitu kau menunggu aku dahulu.
Kau menunggu, kau juga diperhati, di kedai kopi cap yahudi.

Tapi singkat perkenalan kita.
Kerna aku tahu aku tidak semegah kau. Tak semerak kau.
Jadi aku undur diri.

Berbalik kepada permandangan tadi.
Eh kemana kau pergi?
Hilang sudah kau lari.
Ingin aku tahu siapa yang kau temui,
Siapa yang kau ternanti tadi.

Tapi sekarang kau sudah rugi.
Harapnya ketemu kita selepas ini, disini lagi.


No comments:

Post a Comment