Setiap apa yang aku fikir adalah karut. Sengaja aku abadikan karutan itu dalam tulisan sebegini. Di sini. Supaya dapat aku simpan segala karutan itu dalam medium yang aneh ini.
Sunday, 16 September 2012
Bosan biarkan bosan.
Sesuatu perkara yang bosan itu ada kalanya elok untuk
dibiarkan supaya tidak menjadi janggal kepada sang pengamal. Yang bosan itu menjadi
jambatan yang menghubungkan pulau sang pengamal dan cinta hatinya di pulau
bersebelahan. Yang bosan itu juga adalah pembeza antara satu hari yang baru
dengan hari yang sebelumnya. Kerana nilai subjek bosan untuk setiap hari adalah
berbeza dan mustahak untuk diambil berat. Walaupun ia membosankan. Kerana sang
pengamal dan cinta hatinya di pulau sebelah sentiasa mencintai walaupun
terpisah dek laut. Laut yang indah terbentang namun kelihatan bosan jika dipandang setiap hari.
Saturday, 8 September 2012
Mengkarut, Mengmarut.
Setiap
apa yang aku fikir adalah karut. Sengaja aku abadikan karutan itu dalam tulisan
sebegini. Di sini. Supaya dapat aku simpan segala karutan itu dalam medium yang
aneh ini.
Wednesday, 5 September 2012
Tak Jadi Cakap
Biar tak jadi cakap, dari tercakap tapi tak
jadi. Sebab bila dah tercakap, walaupun pada pucuknya prinsip yang cuba
diwar-warkan tu betul, ianya akan menjadi kata-kata kosong. Bila dah cakap,
mungkin rasa dah puas, atau lebih teruk rasa sudah selesai. Terbawa kembali
kepada prinsip lama apabila dah terlepas cakap. Tak menjadi la kalau terus
begini.
Mulanya berazam, akhirnya tenggelam. Semuanya gara-gara cakap.
Mulanya berazam, akhirnya tenggelam. Semuanya gara-gara cakap.
Jangan cakap selagi tak merasa, takut nanti
sendiri berduka. Cakap melemahkan prinsip yang asalnya kukuh dan pegun. Pegun
supaya tiada yang mengusik dan hanya sendiri yang tahu, tak perlu orang lain
menyibuk. Yang tak menjadi bila bukan orang yang datang menyibuk, tapi mulut sendiri yang memekik panggil orang datang untuk mengutuk.
Sebelum cakap, kau memang tak sama dengan
subjek yang akan dicakapkan. Memang betul cakap kau berkenaan subjek itu
tapi………………………………………………..
Betul tak semestinya bagus. Bagus tak
semestinya perlu. Lebih-lebih dalam hal bercakap.
Biar la betul ke tidak, tak payah bawa dalam
percakapan. Kalau terus dicakap tentang bengkoknya subjek, orang yang mendengar
akan nampak bengkoknya kita. Kita bercakap macam kita ini pembaris kuning,
padahal tanpa sedar kita lebih dari tapak kaki ayam yang mencakar-cakar tanah
nak dapatkan cacing. Kalau ayam takpe la dah memang resmi dia makan cacing.
Tapi kalau kita yang manusia ni pun nak makan cacing, mulut yang berbibir
nampaknya kena ditukar dengan paruh ayam.
Supaya senang nak diikat dan disembelih.
Supaya senang nak diikat dan disembelih.
Baru dah tak bercakap.
Tuesday, 4 September 2012
Tak kena masa atau takut sebenarnya?
Buku itu berbalut suratkhabar yang terdapat
gambar kopi yang masih berasap. Mungkin dari keratan iklan. Tapi elok pula rautnya sebagai sampul dengan warna helaian yang hitam hampir keseluruhannya. Macam bukan helaian suratkhabar yang penuh
dengan tulisan berkarbon dan apabila dipegang, tercalit kesan hitam pada
telapak.
Buku itu milik aku. Tertulis di belakang
muka depannya, ‘Since 2005’ dengan satu lukisan yang jelas ada pengaruh komik
Gempak. Buku ini bukan sekadar/calang-calang/sebarang buku, buku ini adalah
pegangan/semangat/prinsip. Sampai tahun 2007 aku biarkan diri dirasuk
tulisan-tulisan tangan yang aku anggap sakti ini. Mungkin kau tak percaya, tapi
aku memang ada kuasa luar biasa kerana buku ini. Kuasa sakti yang menjadikan
aku kesatria kepada diri sendiri dan menembusi mimpi untuk tarik jasad dari
dimensi itu ke dunia realiti.
Tapi itu dulu, angka mati cina yang lepas.
Kesatria itu masih wujud, tapi yang tinggal hanya tubuhnya. Kesaktiannya entah
hilang kemana. Kesian.
Mungkin buku yang tersimpan tulisan sakti
itu hilang sudah kuasanya? Tapi sebab apa?
Tidak. Buku itu masih sama, tak pernah
berubah. Yang berubah adalah khadamnya. Mungkin buku itu yang saban tahun
dicatit semakin lama semakin luarbiasa kuasanya sehinggakan khadam dan tukang
catitnya sendiri pun tak mampu nak menjadi penjaganya lagi.
Angka mati cina tahun separuh tambah suku
bulan kesatria itu matikan diri. Walau mati dalam hidup pun kesatria itu,
tukang catitnya setia menjalankan tugas. Tak pernah berhenti. Walau mungkin tak
sekerap sebelum kesatria hilang kuasa.
Angka kurang satu untung cina tahun sejak
buku itu dijumpai tukang catitnya di tasik yang tak bernaga. Nampak lapisan
pertama yang menyelaputinya mula tersiat oleh masa dan udara. Apa sebenarnya
punca buku ini diabaikan tapi masih terus dicatit? Tak kena masa atau takut
sebenarnya? Albab selaku pencagar kepada buku ini pernah memberitahu bahawa
tulisan-tulisan dalam buku itu sudah lapuk. Albab menipu sebenarnya, kerana dia
sebenarnya takut kepada buku itu. Atau lebih tepat, takut kepada
tulisan-tulisan di dalam buku itu. Katanya, belum tiba masa yang sesuai untuk
tulisan-tulisan ini menjadi hantu. Tapi takkan sampai angka mati cina tahun
separuh tambah suku bulan kau biarkan buku itu begitu sahaja? Aku tahu kau
masih rela dirasuk buku itu, tapi kau sengaja tidak membiarkan diri dirasuk
bukan? Kau tahu kalau kau dirasuk, ngeri dari segala hantu jadinya. Tapi kenapa
kau tak mahu? Kenapa?
Aku tahu kenapa. Sengaja aku tanya. Kau
sebenarnya takut. Takut kepada tulisan berdakwat darah kau itu. Takut tak
tertanggung. Kan?
Jadi sekarang kau pilih, jadi kesatria
kembali atau tinggal matikan diri dalam bilik berdinding putih yang kosong dan
sunyi ini. Kau pilih sahaja. Tiada siapa paksa. Peluk buku itu, buka mulut dan telan dengan lapisan pertamanya. Biar kau mati tercekik buku itu dari kau mati
begitu sahaja.
Dan tangan ini pun mencapai buku itu kembali.
"Without a soul, my spirit's sleeping somewhere cold"
Monday, 3 September 2012
Tergantung.
Memang tergantung. Sebab aku menulis membuta-tuli.
Aku tak belajar falsafah, aku tak belajar sastera.
Aku cuma belajar Bahasa
Melayu di sekolah. Tak lama, hanya 10 tahun. 5 tahun di sekolah rendah, 5 tahun
di sekolah menengah. Aku tak belajar falsafah tak bermakna aku tak tahu. Sebab
belajar tak semestinya di sekolah. Di sekolah, falsafah tak semestinya falsafah
Plato, Hippocrates, mahupun Aristotle. Falsafah terbentuk dari sumber yang sukar dijejak dan akhirnya membentuk pendirian yang dipegang sekarang. Tetapi sastera tidak begitu. Sastera
perlu dipelajari. Sebab sastera itu bahasa, bukan prinsip. Sebab tu juga tulisan
aku sambarono. Kekurangan sastera. Tak belajar sastera, tapi falsafah tu ada.
Macam orang-orang lain jugak. Sebab itu juga falsafah aku tergantung. Mungkin jelas dan mungkin tidak. Mungkin betul dan mungkin tidak. Mungkin tinggi dan mungkin rendah. Mungkin terikat dan mungkin tergantung.
Macam orang-orang lain jugak. Sebab itu juga falsafah aku tergantung. Mungkin jelas dan mungkin tidak. Mungkin betul dan mungkin tidak. Mungkin tinggi dan mungkin rendah. Mungkin terikat dan mungkin tergantung.
Sunday, 2 September 2012
Keldai dan Garuda.
Ke pekan
kampung sebelah. Janggal. Ini julung kali aku ke sini. Teringat Pikiran pesan tadi
minta belikan topeng lama. “Kalau boleh Pikiran nak yang warna hitam, taknak
yang bercorak-corak..hehe”, kata Pikiran sebelum aku ke pekan baru ini
menunggang seekor keldai. Dia nak buat apa dengan topeng tu, aku pun tak tahu.
Tu kena tanya Pikiran. Tapi borak hati, belikan saja. Siapa yang tak sayang
adik sendiri. Yang bongsu pulak tu.
Hampir dua bulan aku menunggang
keldai ke sana, tak sampai-sampai. Melihat muncung si keldai,
aku rasa aku tak ubah sepertinya, mencebik kepenatan. Yang dijumpa bukannya
pekan, tapi khemah puak assabiyah di tengah padang pasir ni. Mereka sedang
berjudi. Aku pun apa lagi, keluarkan 131 Dinar dari saku yang aku simpan untuk
membeli topeng.
Kalah judi. Ikut hati nak je jual keldai ni. Sebab judi
jugak la kuda aku jual, keldai ni yang aku pakai. Orang kampung dah mula
perasan yang aku dah makin papa. Menunduk sama macam keldai, buruknya suara
macam keldai, letih macam keldai, menjebik macam keldai.
Berhenti berjudi.
Walaupun tak dapat tebus balik duit topeng pesan si Pikiran dan kuda yang
ditaruh, dan tak dapat buang anggapan mereka bahwa aku persis seekor keldai,
tapi elok aku berhenti. Aku tahu bukan senang, sebab badan pun dah berbau keldai.
Tapi memang kena berhenti. Kalau tak, takut bukan keldai yang ditunggang lagi,
tetapi ayam. Ayam lagi susah nak ditunggang. Betul, aku dah cuba.
Tak payah berjanji tak payah berikrar, jangan berjudi lagi. Sebab ternyata makin miskin dibuatnya. Pikiran pun dah marah sebab tak dapat topengnya dan sampai sekarang aku rasa betapa seksanya menunggang keldai. Busuk. Jangan endahkan apa yang mereka fikir kalau kau dah berhenti berjudi. Dari mereka anggap kau karib si keldai sampai bila-bila, biar mereka tahu yang kau juga karibnya si garuda. Garuda yang terbang mendongak,pelepahnya bercorak batik, dan kepaknya bersilang dimensi.
Tak payah berjanji tak payah berikrar, jangan berjudi lagi. Sebab ternyata makin miskin dibuatnya. Pikiran pun dah marah sebab tak dapat topengnya dan sampai sekarang aku rasa betapa seksanya menunggang keldai. Busuk. Jangan endahkan apa yang mereka fikir kalau kau dah berhenti berjudi. Dari mereka anggap kau karib si keldai sampai bila-bila, biar mereka tahu yang kau juga karibnya si garuda. Garuda yang terbang mendongak,pelepahnya bercorak batik, dan kepaknya bersilang dimensi.
Albab pernah tanya aku, “Kalau
kau karibnya si garuda, kenapa selama ini kau tunggang keldai. Kenapa tak
tunggang sahaja garuda yang sudah tentu laju. Atau kenapa tak kau jual sahaja
garuda itu, boleh bertaruh judi.....”
Sebenarnya aku lupa yang garuda ada di atas sana, di sebalik awan. Samada aku yang sombong, atau si garuda yang malu nak turun. Aku rasa dia yang malu. Sebab di bawah ini tak sama seperti di atas sana. Ia lebih selesa ia di celah-celah awan yang kelihatan sama sahaja bentuknya, atau tidak berbentuk.
Sebenarnya aku lupa yang garuda ada di atas sana, di sebalik awan. Samada aku yang sombong, atau si garuda yang malu nak turun. Aku rasa dia yang malu. Sebab di bawah ini tak sama seperti di atas sana. Ia lebih selesa ia di celah-celah awan yang kelihatan sama sahaja bentuknya, atau tidak berbentuk.
Satu malam yang gelapnya seperti pagi, aku panjat Bukit Meriam. Aku pandang ke langit dan aku jerit, “Garuda, aku perlukan kau!”. 34 saat selepas aku teriak, awan yang tadinya berkepul terus terpisah dua dek belahan kepak si garuda. Tersenyum aku lihat garuda terbang ke arahku. Tapi macam jauh garuda tu. Sebab ia nampak kecil dari pandangan aku. Dan terbangnya tak sampai-sampai. Atau mungkin menjauh? Tidak, aku harap aku tidak berkhayal. Memandang ke garuda yang kian menjauh, bibirku berketip, “Harap-harap ini mimpi, atau mainan ilusi”. Aku betul-betul perlukan sang garuda, untuk bawa aku terbang ke atas sana.
Subscribe to:
Posts (Atom)