Friday, 4 January 2019

Teori Tentang Kepalsuan

Jika boleh gembira, kenapa pilih untuk berduka?

Kegembiraan itu tetap satu kegembiraan walau ianya dipalsukan.

Kerana sesuatu yang palsu itu ada kalanya membawa kebaikan. 

Bukan?

Ya, bukan semua yang palsu itu memburukkan.
Tetapi apabila sebaliknya, maka ianya tidak seharusnya demikian.

Tapi bagi sesetengah kepalsuan, terutamanya yang melibatkan kegembiraan, kita boleh memilih untuk mengundang atau biarkan ianya terabai. 

Untuk aku, aku pilih untuk memberi ruang kepada sesetengah kepalsuan. Demi kegembiraan sendiri, yang bukan urusan orang selain aku.

Bukan semua yang palsu itu tipu,
Bukan semua yang tipu itu mengikut nafsu.
Aku mungkin palsu, tapi bukan sekali penipu.



No comments:

Post a Comment