Dalam dunia ini ada pelbagai jenis bangsa.
Dalam bangsa itu semuanya manusia.
Jenis manusia itu ada beberapa.
Yang baik, dan yang tidak seberapa.
Tanpa mengira jenis bangsa apa.
(Semua bangsa adalah manusia yang tiada beza cuma kelihatan berbeza)
Kerana yang berbeza adalah sifat yang mereka ada.
Manusia yang baik, tapi terkadang melakukan yang jahat.
Manusia yang jahat, tapi terkadang melakukan yang baik.
Manusia yang berharta, tetapi baik,
Manusia yang berharta, tetapi jahat,
Manusia yang papa, tetapi berbuat baik,
Manusia yang papa, tetapi berbuat jahat,
Sekian...dan sekian.
Bangsa itu berbeza,
Manusia itu sama.
Setiap mereka berbeza.
Siapa manusia itu, adalah sifat dan sikapnya.
No comments:
Post a Comment