Sunday 10 February 2013

Kedamaian yang Total.

Dua ribu enam ratus sepuluh kilometer dari ibukota.
Asal nafas matang jasad.
Turapan sedang basah, rimbunan sedang lembab.

Dingin dan berangin.

Tangan kiri dihulur dari celahan lubang mesin beroda.
Gurindam lagu kegemaran yang mengambarkan keseluruhan kehidupan terngiang dalam kepala.
Tiada senikata, cuma senandung yang merdunya ternyata di sebalik sorokan hiba.

Menoleh ke kiri, satu tona sahaja yang terpapar, dan menyaman deria primium.
Kulit pokok jelas melambangkan dingin atmosfera ketika ini.
Dedahan yang membentuk secara rawak melambangkan kebebasan mutlak pada ketika ini.

Senang.
Mahu sahaja aku peluk seluruh isi alam pada ketika ini jika mampu.
Mahu peluk seluruh isi alam yang bertona seragam ini.
Sambil cuba lupakan kebangsatan dunia,
dan abadikan diri dalam kedamaian yang total ini.


No comments:

Post a Comment