Tuesday 18 June 2019

29

Harijadi adalah satu hari yang berlaku secara berulang-ulang. Dan perkara yang berulang itu memenatkan. Jadi kita selalunya memilih untuk mengelak dari melakukan sesuatu yang berulang. Kerana itu beberapa tahun kebelakangan ini, aku tidak mempedulikan harijadi malahan menganggap ianya sesuatu yang remeh malah melecehkan.
..
.
Tahun ini berbeza. Tahun ini aku lebih peduli. Mungkin kerana kesan tidak mengendahkan hari yang remeh ini sejak beberapa kali.

Kali ini tidak lagi tentang cari dan gali.
Kali ini bukan tentang diri.
Kali ini tentang mempeduli.

Samada hayat yang dipinjam ini dibaloikan atau dirugi.
Dilaburkan atau dijoli.

Cuba tercukup dengan yang duniawi,
Mencukup untuk hari selepas mati.



No comments:

Post a Comment