Friday 27 December 2013

Jeans

Aku berumur 23 tahun.

Sepanjang hidup aku, aku tak pernah beli seluar jeans. Mahupun diberikan oleh sesiapa kecuali.......

Aku hanya ada dua helai jeans selama hayat aku, setakat ini. Dan dua jeans ini diberikan oleh Pa. Ayah aku.

Setiap satunya dibelikan oleh Pa pada tahun yang lain. Dan jarak masa antara tahun itu adalah besar. 

Jeans pertama Pa belikan untuk aku berwarna hitam, sempena hari raya. Jeans itu dibeli di Levi's Megamall Kuantan dengan harga yang agak mahal (pada masa itu, dan pada aku) iaitu RM150.00. Jeans itu sengaja dibeli yang saiznya lebih besar dari ukur lilit pinggang aku. Supaya boleh pakai lama Pa fikir, mungkin. Lagipun masa itu aku masih berumur 15 tahun. Jadi ada beberapa tahun lagi untuk aku membesar. Untuk jeans yang mahal itu, tak berbaloi jika dibeli yang mengikut saiz aku pada ketika itu kerana dua tahun berikutnya tentu sudah tidak muat dipakai lagi. Jeans itu aku pakai sehingga hari ini. 8 tahun kemudian, pada umur aku 23 tahun.

Jeans kedua aku dapat, juga dari Pa, pada tahun ini. Tahun 2013, 8 tahun selepas Pa belikan aku jeans pertama. Kali ini aku dapat pilih yang kena saiznya dengan ukur lilit pinggang aku. Aku sudah besar, fikir Pa. Mungkin.

Jeans ini dibeli di Wangsawalk pada bulan 8 juga sempena raya. Boleh katakan sepanjang tahun ini, jeans itu yang aku sarung kehulur kehilir. Jika satu tahun ada 8,640 jam, bermakna jeans itu melekat pada kaki aku selama 6,480 jam dalam setahun ini.

Aku sayang dua jeans ni. Satu: sebab aku hanya ada dua jeans ni sahaja. Dua: sebab ini adalah pembeli/rian Pa. 

Tak melampau jika aku kata hidup aku bergantung kepada jeans ini, dan kepada pembeli/ri-nya. 


No comments:

Post a Comment