Monday 2 September 2013

Negatif/Nigletif

"But my dreams they aren't as empty,
As my conscious seems to be,
I have hours, only lonely,
My love is vengeance that's never free"


Sarat. Kepala aku yang sarat dengan itu dan ini. Sambil lagu di atas terngiang berkali-kali.
Perjalanan pulang senja pada hari ini dirasakan cukup berbeza sekali.
Segala perihal tentang harapan, doa, dan masa depan mengangkeri hati.

Hidup kah aku? Matikah aku?
Bagaimana nanti? Menari kah aku di telapak sendiri?

Melayang-layang aku menunggang si belat tidak ternampak apa yang di depan.
Kira-ku kalau melanggar apa, lantak sahaja.
Aku lagi runsing memikirkan tentang masa berbanding tentang cedera.

Lagipun, aku rasa cedera di kepala dan jiwa ini lebih berganda. 

Fitrah diri, aku sentiasa mencari punca.
Samada rendah nilai diri atau jauh dari ilahi.

Kejang usaha itu satu, patah harapan itu satu, tempang akhlak itu satu.

Ya, punca terakhir itu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
Dengan apa yang terkubu.
Aku. Sangat . Tahu.
Tapi sengaja buat dungu. 

              "Terbang. Tapi tersangkar"

1 comment:

  1. Ur really talented not just ur an artist but gud writer. Looking forward to know u

    ReplyDelete