Tuesday, 11 November 2014

Pesona Langit: Bahagian 2



Jika aku diberi masa dan ruang untuk menatap langit petang ini, nescaya akan aku lakukan sehingga hari kiamat.



Monday, 10 November 2014

"Tak sempat kelip"


Cukup pantas masa berlalu.
Sepantas baldu menjadi layu, sejurus tangan mengilas lalu.


Monday, 3 November 2014

Pemati

Dari apa yang aku teliti, bila hati tidak menyendiri,
Tiada perkataan yang muncul, apatah lagi berlegar tari.

Mungkin bila bahagia, otak menjadi tuli.
Sabit tiada alasan untuk menaip caci.
Sabit tiada alasan untuk memaki sepi.

Garis ini terlalu lurus untuk aku conteng ketepi,
Tidak seperti ketika aku sepi.
Tidak seperti ketika tiada yang peduli.

Ini bakal lama.
Samada sementara, atau terhenti di sini.
Bergantung kepada selama mana hati ini dipeduli,
Bergantung kepada selama mana hati ini disimpan rapi, oleh sang pemati.

Ilusi yang selalu temani ketika sendiri dahulu tiada lagi,
Petanda yang baik untuk sepi, tetapi buruk untuk menzahir delusi.





Friday, 24 October 2014

Resam Cendawan



"Dendam ni ibarat cendawan. Kita usung dia lama-lama, bukan boleh hasil pun. 
lama-lama dia buruk. Dan sampai satu tahap dia busuk. 
Kita yang usung ni, mesti akan rasa tak selesa dan dibebani cendawan buruk tu. 
Jadi, taknak rasa beban, buang je la cendawan tu" -Faris Adam.

Monday, 13 October 2014

Sifat Dari Neraka (Atau Untuk Ke)




Lebih mudah untuk melihat tanduk makhluk lain
berbanding yang melekat di kepala sendiri.


Disclaimer

I am a human in simplest form.
With simple needs.

I don't need much things in life, except love (and money; a lot of them).


Saturday, 27 September 2014

Sabit

Aku nampak sabit dari sini. Sabit yang berdandan di sebalik ranting. Sabit yang jelita. Sabit yang setia. Setia mengundang aku dengan keasyikan. Setia tanpa mengira apa.