Sunday, 25 August 2013

Anti-Profesionalism

They are putting too much pressure on themselves. They are working in creative industry but they're not thinking as one. They can do creative things but not living as one.

They are trying too hard to act like a professional but they are actually don't.  If you ask me to stay here for long, I would say I won't.

Afraid that the environment and the bad air in here will affect the way i think thus affecting my life too. In the bad way, of course.

Sunday, 18 August 2013

politik

Sebagaimana media arus perdana meracuni fikiran rakyat dengan propaganda kerajaan, begitu jugalah media jaringan sosial mencetekkan minda rakyat.




Wednesday, 3 July 2013

Termaktub.

Bagi jiwa engkau bebas.
Bagi minda engkau bebas.
Bagi hidup engkau bebas.

Jangan fikirkan si bangsat dalam diri!
Jangan fikirkan apa yang orang fikir!
Jangan fikirkan masa depan!

Semuanya telah termaktub!


Monday, 1 July 2013

Muda Jilid II

Masih terlalu banyak masa untuk;

Bersuka ria,
Berangan raja,
Berjudi gila,
Bergelumang dosa,
Menderhaka usia,
Menelan bahasa,
Memburu mangsa,
Mensyurga deria.

Bebas. Buar rugi segala, jangan sesal tanpa bangga.
Cuma ingat satu, satu je..
Perjalanan ini dan destinasi nanti adalah milik Yang Esa.  

                              

Selepas Sebelas.

Dobi.Komunikasi Merah.Biskut.Kuli Dobi.Kopi Amerika.Hidup Herba.Diplomatik.Akademik.Papan Hitam.Susu Sejuk Berkrim & Cebisan Ais.Ahli Hipokrit Bertauliah.Pemilik Kotak Berlapis. 7E Tempatan.

                                              

Tuesday, 25 June 2013

Separuh Larat.

Kerja ni at some point rasa sangat membosankan sampai libido aku drop ke tahap terendah dan aku terfikir lagi bagus kalau aku kerja sebagai penari kabaret. Sekurang-kurang hati aku senang.


Monday, 17 June 2013

Muda

Pada usia begini, aku letakkan bumi di atas kepala.
Fikir aku telah tiba masa untuk itu.
Tapi ada masa aku rasa tidak perlu begitu.

Kadang rasa masih muda, 
Kala rasa telah tiba masa.
Yang mana satu patutnya?
Entah.

Tapi apa yang aku lakukan sekarang seperti tersepit dicelah keduanya.
Aku sayangkan atmosfera yang sebelum ini tapi mahukan yang seterusnya.

Yang sebelum ini membahagiakan, yang seterusnya menguntungkan.
Jadi tak hairan aku tersepit.

Bumi di atas kepala ni berat ya amat. 
Kadang aku rasa aku layak mengangkat, Kala aku rasa gila tak larat.

Hari ini tinggal satu hari sebelum aku meninggalkan usia dua-dua.
Usia yang aku anggap paling mukjizat dari segala usia.
Tak mentah tak matang. Tepat dan sempurna.
Tapi dek kerana bumi di atas kepala ini, hmmmm

Aku yang letakkan sendiri, tiada siapa yang suruh, tiada siapa yang arah.
Bila dah tak tertanggung, baru aku terngadah.

Rasa rugi.......kalau terus begini.
Jadi dalam enam jam lagi, aku harap tidak lagi usiaku diperjudi,
Oleh diri sendiri.

Hanya satu cara,
Iaitu dengan mencampakkan bumi dari kepala ini, dan meloloskan diri.
Mampu atau tidak, aku tidak tahu,
Tapi itu yang aku harap akan berlaku.

Bumi, kau buat otak aku kusut macam orang gila.
Aku mahu kau berambus supaya aku terus muda.
Tepat tengah malam ini, sebelum aku terus memaki usia.