Sunday, 15 February 2015

Mimpi Semalam

Suatu tempat di negara apa entah.
Ada gunung yang laluannya dibuat orang.
Sejuk.

Sampai di atas seperti bukan dunia biasa.
Bahagian kiri laut yang pesisirnya paras puncak gunung itu sendiri. Dan sebelah kanan seperti bekas tasik yang tak disentuh orang.

Sedang takjub melihat, gerun menyusur dada.
Dari gembira, gentar terasa.
Memikirkan tanah yang dipijak, samada tidak atau nyata.

Undur diri, kita berdua.
Dalam gerun, sempat ketawa.
Pengalaman yang tidak dapat dilupa.
Walau hanya mimpi sahaja.

Yang penting, tempat itu kita pergi berdua.
Dua.



Friday, 13 February 2015

Mandatori Bukan.

Ada masanya, manusia itu hilang sabarnya.
Terlempias silapnya.

Tetapi, adakah kerana silapnya yang sekali itu,
Mahu dihukum seluruh hidupnya?