Berkenaan hujah yang selalu aku guna untuk pujuk diri.
Tak berguna lagi hujah itu, sekurang-kurangnya untuk malam ini.
Tak boleh terima, sangsi.
Persoal ________, dan perihal selepas mati.
Tak sama takdir diri yang ditentu Ilahi.
Aku sentiasa anggap ketidaksamaan ini sebagai diuji.
Tapi sekelumit terdetik akan syurga yang tak pasti.
Dalam begitu, aku terus minta ditunjukkan apakah sebenarnya ini.
Aku pasti ada alasan yang sahih dari Ilahi.
Aku tunggu, aku tak putus mempercayai.
Walau untuk sejuta tahun lagi.
Malam ini aku peduli,
Dan kerana itu, tak diduga, iris bergenang memikir musabab yang mungkin dilusi.