Setiap apa yang aku fikir adalah karut. Sengaja aku abadikan karutan itu dalam tulisan sebegini. Di sini. Supaya dapat aku simpan segala karutan itu dalam medium yang aneh ini.
Tuesday, 25 June 2013
Separuh Larat.
Kerja ni at some point rasa sangat membosankan sampai libido aku drop ke tahap terendah dan aku terfikir lagi bagus kalau aku kerja sebagai penari kabaret. Sekurang-kurang hati aku senang.
Monday, 17 June 2013
Muda
Pada usia begini, aku letakkan bumi di atas kepala.
Fikir aku telah tiba masa untuk itu.
Tapi ada masa aku rasa tidak perlu begitu.
Kadang rasa masih muda,
Kala rasa telah tiba masa.
Yang mana satu patutnya?
Entah.
Tapi apa yang aku lakukan sekarang seperti tersepit dicelah keduanya.
Aku sayangkan atmosfera yang sebelum ini tapi mahukan yang seterusnya.
Yang sebelum ini membahagiakan, yang seterusnya menguntungkan.
Jadi tak hairan aku tersepit.
Bumi di atas kepala ni berat ya amat.
Kadang aku rasa aku layak mengangkat, Kala aku rasa gila tak larat.
Hari ini tinggal satu hari sebelum aku meninggalkan usia dua-dua.
Usia yang aku anggap paling mukjizat dari segala usia.
Tak mentah tak matang. Tepat dan sempurna.
Tapi dek kerana bumi di atas kepala ini, hmmmm
Aku yang letakkan sendiri, tiada siapa yang suruh, tiada siapa yang arah.
Bila dah tak tertanggung, baru aku terngadah.
Rasa rugi.......kalau terus begini.
Jadi dalam enam jam lagi, aku harap tidak lagi usiaku diperjudi,
Oleh diri sendiri.
Hanya satu cara,
Iaitu dengan mencampakkan bumi dari kepala ini, dan meloloskan diri.
Mampu atau tidak, aku tidak tahu,
Tapi itu yang aku harap akan berlaku.
Bumi, kau buat otak aku kusut macam orang gila.
Aku mahu kau berambus supaya aku terus muda.
Tepat tengah malam ini, sebelum aku terus memaki usia.
Tuesday, 11 June 2013
Hypocrite Me.
- "You spend all your time preaching about waiting for love. Well here it is. Right in front of you, and you're going to turn your back on it. So I guess we're just f*ucked. I'll move on. But you are going to have to live the rest of your life knowing that you've turned your back on love. And that makes you a hypocrite. Have a nice life." -Sebastian Valmont (Cruel Intentions, 1999)
Monday, 10 June 2013
Takialam.
Gundah dan celaru.
Dari mana aku pun tak tahu. Betul-betul tak tahu.
Tiada masalah tiada beban namun resah dan gelisah dirasakan.
Haa! aku tahu kenapa.
Ini atas aku memilih untuk menjelma dari tiada.
Syaitan. Kepada.
Mungkin ini rutin perasaan seekor syaitan.
Syaitan yang menyendiri. Syaitan yang tidak terluka tetapi sengaja melukakan diri.
Mungkin aku direka untuk bersendiri. Suka-suka. Sementara. Pasti.
Seperti kisah syaitan yang dimelayukan.
Sepertinya mencarut ketika bersetubuh dengan syaitan.
Mungkin aku patut kembali kepada tuan.
Tanpa perlu dia menyeru memantera menurun sekalian.
Sunday, 2 June 2013
Saturday, 1 June 2013
Soalan?
Kau tahu kan yang aku masih sayangkan kau.
Dan akan sayang sampai bila-bila.
Tak perlu tanya,
"Kenapa hati kau keras sangat?"
Atau mengomel,
"Aku tak tahu la sampai bila kau nak macam ni"
Hanya satu sebab aku tidak rasa cemburu lagi.
Iaitu apabila aku tidak sayangkan kau lagi.
Kalau itu yang kau mahu, jadi bantu aku.
Bantu aku hilangkan rasa itu.
Air mata ini bukan palsu,
Dan pagi ini ia menderu.
Dan akan sayang sampai bila-bila.
Tak perlu tanya,
"Kenapa hati kau keras sangat?"
Atau mengomel,
"Aku tak tahu la sampai bila kau nak macam ni"
Hanya satu sebab aku tidak rasa cemburu lagi.
Iaitu apabila aku tidak sayangkan kau lagi.
Kalau itu yang kau mahu, jadi bantu aku.
Bantu aku hilangkan rasa itu.
Air mata ini bukan palsu,
Dan pagi ini ia menderu.
Subscribe to:
Posts (Atom)