Kerana sebaris ayat, ayat yang jujur berbaur keliru, aku ulang kesilapan yang sama.
Tak pasti samada ianya kesilapan atau hanya akibat berlaku jujur.
Keliru.
Antara telus dan tak pasti.
Apa fikir hatiku ini?
Apa yang mahu hatiku ini?
Apa yang cuba hatiku buktikan ini?
Aku tak anggap ini silap.
Ya tiga kali sebelum ini aku silap.
Tapi kali ini bukan. Ini lebih dari itu.
Pada usia begini, aku perlukan masa untuk diri sendiri.
Masa untuk mengenal diri.
Masa untuk bersedia mengenalkan diri kepada diri yang satu lagi.
Ya, memang aku mahu.....tipu jika aku tidak mengaku.
Lebih-lebih bila bersendiri, bila lamunan sepi datang menganggu.
Tapi aku tahu, aku belum bersedia untuk itu.
Buat masa ini, masa yang ada lebih kepada diri sendiri, darah daging, dan pemilik-pemilik hati yang murni.
Masih terlalu mentah untuk mengorbankan diri,
Ke dalam dunia dua hati.
Malam ini, aku pilih diri sendiri.