Monday, 21 January 2013

Hari Tak Mempeduli

Isnin. Awan nampaknya tak secerah biasa.
Sesuai mengikut rentak cuaca di dalam jiwa.
Tak banyak yang difikirkan, cuma mahu hari ini berlalu begitu sahaja.

Bila tak banyak fikir, tak banyak gundah.
Bila tak banyak gundah, tak sakit kepala.
Bila tak sakit kepala, tak terganggu emosi.

Senang begini, rasa seronok hidup untuk dinikmati.
Sepertinya dunia sudah cukup sempurna, walau hakikatkan rasa bagaikan bencana.

Tidak seperti hari biasa, hari ini melangkah begitu sahaja.
Tak peduli apa yang mereka pandang, apa yang mereka ungkap.
Hanya pedulikan diri sendiri.
Hanya aku yang wujud di sini.

Lebih baik begini.
Dari tenat mengawal perspeksi yang lain.
Dari runsing mengawal pembawaan diri.
Dari laknat apa yang mereka peduli.

Lantak sahaja, yang penting aku selesa melangkah.
Tanpa prejudis, tanpa melankolia kepada diri sendiri.
Hari ini berpihak kepada aku, jika halusinasi mereka tidak aku peduli.
Jika lah hari-hari aku begini.



No comments:

Post a Comment