Friday, 18 January 2013

Born To Die by Syaza Shaker.

on Saturday, June 2, 2012 at 1:17am.

Lagu "Born To Die" dimainkan dari MP3 aku. Lagu ini sangat kena dengan kondisi aku sekarang. Kondisi di mana aku terasa kosong. Sepertinya cuma aku seorang yang kekal di sini. Tanpa sesiapa, tanpa apa-apa.

Cantiknya malam ini. Kelihatan jelas bintang-bintang bertaburan bersama bulan separa penuh dari atas rooftop ini. Dan di saat ini, momen yang lepas kembali menghantui.

Kenapa bala seringkali temani aku? Aku bosan dengan bala. Aku cuma mahukan gembira. Bisakah? Cuma sebutir gembira.

Aku tidak pernah percaya dengan ungkapan, "Hidup itu umpama roda." Bullshit semua itu. Hidup aku tidak pernah berada di atas. Seringkali di bawah. Sepayah mana aku usaha untuk daki ke atas, tidak pernah tercapai. Roda itu licin kali.

Rasanya jika tiada lagi aku, mungkin aku ditempatkan di surga. Surga tempat bahagia. Aku pun mahu. Tanpa berfikir panjang, aku berjalan ke arah sisi rooftop dan bersedia untuk hilangkan diri. Selamanya. Dari bumi.

Tapi, aku lupa.

Aku tak akan pernah sampai ke surga. Kerna kelakuan aku tadi adalah dilaknat dan tidak pernah akan diterima-NYA.


Terima kasih, senior. Yang senantiasa beri kata semangat. Ini untuk kau. Aku sudah janji mahu siapkan satu. Jadi, sudah aku siapkan. Moganya kau suka. Maaf kalau bosan. Cuma ini yang mampu idea datang. 

Nukilan khas dari kawan yang kenalnya di Pulau LaLa dari seorang kawan yang satu lagi. Thanks a lot Syaza Shaker. Gonna keep this for the rest of my life. Even when we're don't know each other anymore someday (jika itu yang bakal terjadi bila leka hidup kita dijamah masa. Harapnya tidak, supaya apabila bersua di suatu masa, kita masih mampu menyapa).

original link-> https://www.facebook.com/notes/syaza-shaker/born-to-die/363506473702689

Thursday, 17 January 2013

Simbol Tolak Yang Janggal.

Masih di fasa ngeri.
Fikirku makin jarum berdetik, makin lengkap cantingan batik.
Silap rupanya.

Entah kenapa. Puas mencari punca.
Yang dirasa hanya kesan. Kesan yang gila.
Kesan yang tidak aku tahu kenapa.
Kesan yang membencikan.

Susah. Manusia-manusia itu bengisnya menakutkan fak itu aku.
Tempat ini aku suka, tapi makhluknya bengis.

Satu bulan separuh bulan.
Aku masih begini. Terperangkap di dalam otak dan jiwa sendiri.
Jika keluar aku dari jerangkap ini, maka bebaslah aku.
Tapi bagaimana.

Bersandar di tiang besi, berluncur dalam roda sakti.
Aku cari apa punca yang tersembunyi.
Punca yang menjadikan aku begini.

Mula angka 18, teringat aku itulah sumpahan ini mula beraksi.
Tiga kali 369 seterusnya terkawal lagi,
Tapi datang kali ini, seksaan kembali.

Tembok yang aku bina ini terlalu tebal.
Kononnya untuk perisai diri, tapi lain pula jadi.

Hari ke-17 bulan yang sulung,
Sedang aku bingung memikirkan sumpahan yang menyeksa diri ni,
Memikirkan punca, nah terlintas satu jawapan.

Memang sebab itu. Masa sahaja yang akan menjadi lawannya.
Jadi sekarang, biar aku terus tenggelam dalam fasa yang hitam ini.
Biar aku terhina dek atmosfera yang membencikan ini.
Dan nantikan sahaja hari sumpahan ini berakhir.
Secepat mungkin, aku harap.


"You won't believe me if I tell you that I'm broken"-nm




Monday, 14 January 2013

Awan Hitam di Realitiland

     ‘Ada satu peringkat dalam hidup aku beberapa tahun yang lalu, ketika  berpesan kepada diri untuk hidup dalam realiti. Berhenti berangan, berhenti memujuk hati dengan sesuatu yang tidak ada, berhenti mengharapkan sesuatu yang tidak pasti, berhenti hidup dalam fantasi! ‘ -PeribiRu

Sebelum masa itu, aku tinggal di Mimpiland. Aku gembira tinggal di situ. Mimpiland memberi aku harapan yang tinggi dan sering memujuk apabila aku kecewa. Aku suka dengan makhluk-makhluk magis yang ada disana dan menjadi teman kepada aku. Pada masa itu aku langsung tak peduli apa yang mereka di dunia lagi satu itu, iaitu Realitiland fikirkan. Yang penting apa yang aku percaya, apa yang aku rasa, yang lebih memihak kepada aku. Semua itu aku dapat dari Mimpiland yang diinspirasi dari sesuatu yang aku suka dan juga fantasi yang aku cipta sendiri.

             Bertahun begitu, aku rasa tiba masa untuk aku tinggalkan Mimpiland. Fikirku, jika aku terus begitu, aku akan terus tertelan dek khayalan sendiri. Aku tak akan faham apa yang berlaku di dunia realiti. Aku akan terus berada dalam dunia sendiri yang akan membuatkan orang memandang hairan kepadaku. Dan aku fikir pada umur itu, aku harus mula bersedia untuk melangkah keluar dari Mimpiland ke Realitiland.

             Tanpa berfikir panjang, aku terus melangkah keluar. Tidak juga terlalu janggal. Cuma berbeza dari Mimpiland. Dari langkah pertama di Realitiland, sehingga ke dua ribu lima ratus lima puluh lima langkah, aku terhenti. Jauh jugak aku berjalan dalam dunia yang aku kurang biasa ni. Macam-macam yang aku jumpa. Yang pasti kebanyakkan perkara yang aku jumpa itu tidak aku suka. Hati aku semakin lama semakin membeku di sini kerana saljinya yang berwarna hitam turun tidak henti-henti. Sama macam ketika aku di Mimpiland,di sini juga banyak makhluk yang pelik. Bezanya di sana cantik-cantik dan baik manakala disini semuanya hodoh dan bengis. Takut aku dibuatnya. Berbekalkan bunga bakawali yang aku bawa sebagai alas perut, aku terus berjalan sejauh yang aku mampu semakin menjauh dari Mimpiland.

            Hari ini langkah aku terhenti seketika. Aku lihat sekeliling Realitiland ini, terkerut dahi aku. Aku tak suka apa yang aku lihat. Semuanya serba tidak kena. Semuanya membuatkan aku semakin takut untuk melangkah. Semuanya membuatkan aku tidak lagi sama seperti aku yang sendiri kenal ketika di Mimpiland. Makhluk-makhluk magis di Mimpiland pun sudah lama aku tidak temui. Aku rindu kepada mereka. Tak tau jika mereka juga rindu kepada aku. Sebab tiada pun mereka datang mencari aku. Mungkin mereka tidak lagi peduli. Fikir mereka, siapa suruh aku yang keluar dari Mimpiland meninggalkan mereka secara tiba-tiba dahulu, mungkin.

            Terhentinya langkah ini membuatkan aku semakin rindu dengan Mimpiland. Jika ada diantara mereka dari Mimpiland yang datang untuk membawa aku pulang ke sana, sudah tentu aku akan ikut mereka pulang. Aku tak mahu lagi tinggal di sini. Aku bosan dengan tempat ni. Aku takut dengan makhluk-makhluk bengis yang ada disini.

Aku nak kembali ke Mimpiland!....
Tolong bawa aku ke sana kembali….
Sekarang juga!

*Terlalu melihat secara realiti itu membuatkan terhapusnya persepsi fantasi dari khayalan dan merosakkan hidup yang sepatutnya terbentuk dari dua dunia yang berbeza tersebut.



“Said you had to leave to start your life over”

Monday, 7 January 2013

Dead and Unfounded.

I thought the second-me that I'd created in the NM Reinvention Project gonna be the best me, but i was wrong.
Now I need to find back the old me that already dead and gone.
He needs to be revived because he is actually the best me, not the one from the NMRP.

I think I'd made wrong calculation.
I just killed him for nothing in return.
I'd lost my grip from the path I was once in.
And I know that he is the only one that can bring me back to the where I began.

But I have a problem in here.
That I don't know where is him a.k.a the old me.

The one that i am with now is scared.
Scare of the place, scare of the people.
He trust nobody, and hate all the places.

But I believe, someday I'm gonna re-coalesce with him and walk the street mean like we used to be.
At that moment, nobody can tear me apart, not
hing can bring me down. Fearless.
That stage will be my immortality. And hey, that's the old me.

Waiting while searching. Time is ticking. Wait and see. Where is the old me?


where?
werhe?
wrehe?
?eherw

"Anytime you're afraid it's gonna be alright"

Wednesday, 26 December 2012

Reinkarnasi.

Dua puluh dua aku anggap suku dari hayat.
Suku pertama yang melibatkan beberapa fasa.
Fasa yang tiada dalam suku yang berbaki.

Jurang antara fasa ini adalah atas dasar perspeksi, susuk, dan ruang.
Fasa ini dianggap enceh namun dominasinya mempengaruhi suku yang berbaki.
Cerita, gagang, dan riwai yang terabadi lalu membentuk jati diri.
Cukup untuk dikatakan suku pertama ini adalah mustahak untuk diambil peduli, dan dimemori.

Suku dua. Mulanya mengerikan.
Mungkin tidak biasa atau janggal.
Jadi diambil sedikit masa untuk memerhati.
Dan diperhati.

Kejanggalan itu yang menjadi jurang atau mungkin juga jambatan antara dua suku ini.
Oleh itu, tiba di suku dua, lahir semula.
Jika suku pertama berakhir dengan metamorfosis, bermulanya suku kedua ini kembali zaigot.
Bukan zaigot yang nadil. Tapi yang ada penunggunya. Yang lebih angker.

Zaigot ini berbalik kemahuannya seperti dulu. Atau mahu berbalik.
Mahu mempercayai perihal yang tidak wujud, suka menjejak galur, memandang sisi yang baik, teruja dengan setiap apa, tiada yang biasa; jika ada pun pastinya dianggap aneh, berkawan seperti di darjah 2 Bijak, gelagat manusia sebagai hiburan, berangan yang tidak nampak, lagu perhimpunan pagi, semua jisim tiada yang membosankan, dan takutkan hantu di bawah katil.

Tapi yang paling mustahak adalah, memperkasa riwai yang ada.
Biar menjadi hantu yang memakan orang.
Biar tertipu dek lagenda, asalkan tidak mati oleh logiknya hakikat.
Hakikat yang sudah pasti membosankan dan sifatnya membinasa.



Friday, 7 December 2012

Friday Cry (Lamunan Satu)

Bangkit dari tidur pagi ini berbeza rasanya.
Perasaan bercampur-baur, Fikiran mengelamun.
Diri ini dirasakan sendirian, tanpa sesiapa.

Membuka pili air di kamar mandi,
Aku lebih bermandikan kenangan berbanding jisim air itu sendiri.
Dinding bermozek yang basah tidak aku nampak.
Yang kelihatan hanya kau.

Perit. Sedih. Seksa.

Hampir 100 al-yaum namun aku masih begini.
Mengenang, sambil menjamah hati sendiri.

Pili air dipulas dan terhenti pancuran air yang entah kemana perginya tadi.
Fikir aku sesi memakan diri sudah tamat, namun belum sempat aku mencapai tuala,
tersungkur aku terduduk menyandar ke dinding yang sejuk itu.

Tak semena menitis air mata yang ibarat permata jika dicari di gunung,
dan ibarat kabus jika dicari di dasar laut.
Tak dapat aku bezakan yang mana air mata, dan yang mana air paip yang masih melekat di muka.

* * * * * * * * * * *

Pedal ditekan,
Mata memandang jalan, kepala memandang lamunan.
Memikirkan betapa kejamnya masa depan, tak aku sangka menitis lagi air mataku.
Kejamnya masa depan kerana membiarkan aku hidup tanpa kau.
Untung sedikit jika kau masih mengingatiku.

Pondok yang makanan rujinya adalah duit terlintas dek aku.
Tiada pilihan. 
Tertunduk-tunduk aku menghulur syiling kepada penunggu pondok.
Risau ternampak olehnya mataku yang merah berair ini.

* * * * * * * * * * *

Tembus di sempadan daerah yang bakal sebati dengan aku.
Mata ini bergenang kembali, titisan demi titisan menjejak jeans lusuh hitam kegemaran.
Teresak aku tak ubah seperti budak yang masuk tadika pada hari pertama.
Tak sanggup aku membayangkan apa yang bakal berlaku.
Apa yang aku nampak, hanya aku bersama diriku. Berseorangan. 
Tak pernah aku rasa begini seumur hidupku.

Tak sangka buruk sekali bunyi aku teresak.
Tapi tak aku peduli kerana air mata ini harus mengalir, supaya tidak menjadi cecair yang meracun dari dalam.
Dan menjadi mati, tapi bernyawa.
Terkumat-kamit mulut aku meminta pertolongan Ilahi untuk memberikan ku ketabahan. Istifar. Air mata.


                                              "cause i'm broken, when i'm lonesome"

Friday Cry (Lamunan Terhenti)

* * * * * * * * * * *
Tiba di sarang ulat jingga.
Aku kesa sisa-sisa permata dan kabus yang menutup muka dari tadi.
Sambil mengesa, setitis dua lagi menuruni.
Tidak kering.
Seperti sumpahan, berulang yang bagi aku bencana, walaupun sudah berada di bilik putih.

Mujur aku seorang di bilik ini.
Mujur bilik ini jarang disinggah orang.

Titisan ke dua ribu enam ratus sepuluh.

Termenung, tertitis.
Tertitis, termenung.

Mujur lirik Najwa Latif yang tak sengaja aku buka tadi menangkap fikiranku.
Lirik yang memujuk aku yang teresak-esak.
Satu rangkap itu aku tersentak, terhenti teresak.
Tersedar aku ada hikmah Dia merancang sebegini rupa.
Walaupun pedih, namun aku belajar menyedari bahawa, yang kekal bukan manusia, tetapi Dia.

Jadi mengapa perlu bersedih?
Aku tidak berseorangan. Dia mahu tunjukkan walaupun aku hilang orang yang aku sayang, aku masih ada Dia. Sentiasa.

"Kerna Kau yang satu, yang setia bersamaku.
........
Ku tahu ku ada-Mu, di sisiku selalu.
Bantulah hambamu mencari keredhaanMu.
Ku tahu ku ada-Mu."

Lalu membuatkan aku lebih percaya pada satu cinta. Cinta yang kekal. Cinta yang lebih suci. Cinta yang mampu menemani seumur hidup dan matiku.
Hingga aku tak mahu lagi cinta dari manusia, melainkan dari Ibu, Ayah, Keluarga, dan Sahabat yang aku sayang. Selamanya.