Sunday, 22 January 2017

Masa Yang Tak Wujud

Pagi yang lohong.
Pandangan terasa bengong,
Masa menghenti aku,
Untuk sebab yang aku tak tahu.

Aku rindu yang mencipta,
Atau bosan hari-hari yang biasa,
Aku benci rutin ini,
Atau mahu tukar semua ini.

Tak penting.

Fikiran aku sesat,
Salah jalan dalam siang,
Salah lari dalam malam.

Aku mahu masa terus terhenti,
Dihenti.
Sambil aku teka jalan yang betul.
Jalan yang jaraknya singkat, dan tidak memenatkan.
Supaya sempat aku jumpa jalan keluar,
Sebelum semua ini menular.

Terus duduk meneka jalan?
Mencangkung.
Termenung.

No comments:

Post a Comment