Sunday, 3 January 2016

Resolusi Yang Dikongsi

Dua (atau tiga) tahun tiada resolusi.
Benci.
Kerana hal itu seperti tidak berfungsi.
Sengaja mengada menabur janji,
Kepada diri.
Walhal, sendiri sangsi.

Tidak tahun ini, kerana tidak semena aku mahu menjudi janji.
Kali ini, tanpa sangsi.

Klise?
Aku tidak peduli.



Selain dari semua itu, aku ingin berseronok.
Seronok melalui itu dan ini (yang tak pasti)
Seronok dengan masa yang berbaki,
Atau mungkin tinggal saki.

Tahun ini, aku ada resolusi.

No comments:

Post a Comment