Terjunlah ke lembah hina wahai bayangan syaitan.
Bersenggamalah dengan bara jahanam sambil mereka menjilat kulit hingga tulang-benulangmu.
Ketawalah bersama bening Hutomah seakan-akan mereka berseloroh dengan dosa-dosamu.
Jika kamu bernasib baik, ketawalah bersama.
Jelirlah lidah ke arah Haffaf seperti kamu memperolok-olokkan dia,
Sambil lidahmu itu sendiri dijerut rantai jingga yang membara.
Jika kamu bernasib baik,
Jika kamu mahu bergembira,
Jika kamu tahan,
Jika kamu rela.
Kamu layak.
Wahai sang derhaka.
Yang mengelak turuti Sang Pencipta.
Secara sengaja.
No comments:
Post a Comment