Bukan pagi ni sahaja, tiap-tiap hari sebenarnya.
Garisan itu bagai tiada hujungnya.
Lebih-lebih ketika berangan.
Langit kelihatan luas dari kiri ke kanan.
Awan pula polos menyelerakkan diri di hadapan langit.
Cantik-Anggun-Jelita.
Ada banyak burung yang suka terbang merata di sini.
Elok bila dilihat sekali dengan bukit di tepi jalan, tiang lampu, dan pokok sawit yang sengaja ditanam di situ.
Gagak-Pipit(aku tak pasti)-Layang Layang.
Untung pagi ini udara lembap dan rendah selsiusnya.
Segala unsur alam kelihatan segar dan berwibawa.
Lihat tepi, ada pokok-pokok yang sengaja ditanam dan disusun dekat sini.
Kalau boleh, aku nak berdiri di antara pokok-pokok ini; di tengah-tengah,
Sehingga hari kiamat.
Lihat tepi, ada pokok-pokok yang sengaja ditanam dan disusun dekat sini.
Kalau boleh, aku nak berdiri di antara pokok-pokok ini; di tengah-tengah,
Sehingga hari kiamat.
No comments:
Post a Comment