Monday, 17 June 2013

Muda

Pada usia begini, aku letakkan bumi di atas kepala.
Fikir aku telah tiba masa untuk itu.
Tapi ada masa aku rasa tidak perlu begitu.

Kadang rasa masih muda, 
Kala rasa telah tiba masa.
Yang mana satu patutnya?
Entah.

Tapi apa yang aku lakukan sekarang seperti tersepit dicelah keduanya.
Aku sayangkan atmosfera yang sebelum ini tapi mahukan yang seterusnya.

Yang sebelum ini membahagiakan, yang seterusnya menguntungkan.
Jadi tak hairan aku tersepit.

Bumi di atas kepala ni berat ya amat. 
Kadang aku rasa aku layak mengangkat, Kala aku rasa gila tak larat.

Hari ini tinggal satu hari sebelum aku meninggalkan usia dua-dua.
Usia yang aku anggap paling mukjizat dari segala usia.
Tak mentah tak matang. Tepat dan sempurna.
Tapi dek kerana bumi di atas kepala ini, hmmmm

Aku yang letakkan sendiri, tiada siapa yang suruh, tiada siapa yang arah.
Bila dah tak tertanggung, baru aku terngadah.

Rasa rugi.......kalau terus begini.
Jadi dalam enam jam lagi, aku harap tidak lagi usiaku diperjudi,
Oleh diri sendiri.

Hanya satu cara,
Iaitu dengan mencampakkan bumi dari kepala ini, dan meloloskan diri.
Mampu atau tidak, aku tidak tahu,
Tapi itu yang aku harap akan berlaku.

Bumi, kau buat otak aku kusut macam orang gila.
Aku mahu kau berambus supaya aku terus muda.
Tepat tengah malam ini, sebelum aku terus memaki usia.


No comments:

Post a Comment