Monday, 15 October 2012

Mata & Helmet

Bukan jalanraya yang aku nampak. Fikiran ni mudah sangat mengelamun. Mujur tak langgar apa-apa yang ada di hadapan.

Pendikit ditarik sampai tak dapat ditarik lagi. Mata pula yang tidak pernah lekang memandang ke hadapan sebenarnya tidak nampak apa-apa pun. Mata tidak nampak yang di depan tu ada jalanraya berwarna hitam, kereta yang bergerak laju, tembok bata, motor, kereta yang bergerak perlahan, dan palang-palang berwarna jingga. Tapi kalau selekoh dan simpang, memang mata nampak.

Mata tak nampak semua itu kerana satu sebab je. Sebab yang memandang ke depan bukan mata, tapi hati. Hati sangat petah dan tak henti-henti berbisik. Dari satu babak ke babak seterusnya, hati terus terinspirasi untuk berbisik. Apa yang dibisik hati itu terpapar di pandangan. Sebab tu mata yang tadi tu sepatutnya melihat di depan tapi tak nampak apa-apa. Sebab yang nampak adalah bayangan yang dibisikkan hati, hanya lah.

Buah fikiran yang tinggi kualitinya juga sering diperolehi ketika hati berbisik. Dan kerapnya hati berbisik ketika di atas jalanraya. Bermakna , sudah banyak buah fikiran yang tercambah ketika di jalanraya, ketika mata terbuka tapi tak nampak, ketika tangan memulas pendikit, ketika di kepala adanya helmet.

-Si Polan pun terus Berkhayal & Berangan.


No comments:

Post a Comment