Aku diseret...bukan mendekat, tapi menjauhi,
Menjauhi tali gantung itu.
Ini akibat jenayah yang aku lakukan,
Jenayah yang tidak tertakluk dalam undang-undang,
Kerana itu lah aku yang berlari ke tali gantung itu sendiri,
Tapi dihalang pengawal penjara dan mengheret aku jauh dari tali itu.
Aku mahu ke tali gantung itu,
Tanpa berpakaian banduan, tapi dengan muka penuh kesialan/penyesalan,
Aku mahu menghukum diri ini, diri yang bodoh ini.
Kenapa mereka halang aku?
Aku sangat memerlukan tali gantung itu,
Untuk mengantung diri ini, sampai mati.
Jenayah yang aku lakukan ini membuatkan aku memaki diri,
Tak henti-henti, setiap hari.
Kalau mereka tidak kasi aku mengantung diri sendiri, aku mahu terjun sahaja dari bangunan mahkamah ini, asalkan mati. Baru lega hati ini.
Tapi, kau tetap tidak akan kembali, walau tali gantung itu menjadi saksi.
"All that was there, Will be there still"