Sunday, 8 May 2016

Titik, Dan Hingga Titik.

Berdesup-desup.
Aku perhati teknologi itu berlalu laju.
Mataku kaku. 
Memandang tepat arah tak tahu.

Aku termenung, atau lebih kepada termangung.
Berdegup-degup.

Ini bakal lama,
Ini adalah sunyi,
Ini terus begini.

Aku merumus.
Aku dijerumus.

Ini adalah selamanya.
Bagaimana nanti?
Aku tak pasti,
Dan aku benci.

-bangkok, 7 mei 2016


Thursday, 28 April 2016

Harafiah, Bukan.

Apabila bayang yang dilihat semakin pekat,
Itu bermakna cahaya mentari semakin kuat.
Itu juga bermakna paras haba di situ ikut meningkat.

Begitu juga dengan hasrat,
Bila muncul sesuatu yang menyekat,
Bisikan untuk memberontak kian ligat.

Begitu juga dengan dua kepala yang diikat,
Bila susut kata dan lidah terjerat,
Bikin perasaan mengaku tak larat.

Semua itu buat kepala sarat,
Kerana bayang yang datang tidak bersurat,
Masakan dikawal panas yang mahukan dua tadi dikerat.

Harapkan sahaja pakat itu tidak tinggal karat.
Harapnya yang kekal kuat itu tekad.




Wednesday, 27 April 2016

Cinta Sekali

Aku rindu watak dalam mimpi sendiri.
Namanya aku tidak pasti.

Wajahnya lembut, bak dewi.
Bertudung litup, manis tak terperi.
Kulitnya cerah, tak jemu lihat hanya sekali.

Aku jumpa dia malam tadi.
Bangun dari mimpi, aku lihat tiada lagi.

Kini aku rindu, kepada seseorang yang bukan dari realiti,
Aku mahu jumpa dia kembali,
Sekurangnya untuk satu, yakni ucapkan selamat pergi.

Saturday, 23 April 2016

Saved Conversation

Sedang Nazrin duduk menemani Saidati smoking, gadis itu bersuara

Saidati: Nazrin you takde girlfriend?

Nazrin: Takde.

Saidati: Kenapa ye?

Nazrin: *terus menatap telefon bimbit memikirkan jawapan

Saidati: You heartbroken?

Nazrin: Hmmm..

Lalu Nazrin pun sambung humming lagu Love Interruption nyanyian Jack White yang dipasang menggunakan telefon bimbitnya sejak tadi dengan menganggap soalan Saidati sebentar tadi telah terjawab.

-april 24, 2013

Saturday, 19 March 2016

Self-Service.



At the end of the day, it is what you feel, think, and remember, that matters the most.

Serve yourself, not others.





Thursday, 10 March 2016

The Chosen None

Wahai kaum-kaum yang beruntung,
Bersyukurlah.

Nikmat yang Tuhan beri tidak sama,
Tapi sekata.

Ingin, 
Rasa,
Jalan.

Sesetengah kita terkilan,
Kerana sesetengah kita tiada,
Jika tergolong, sedari.
Itu bukan percuma.
Itu diberi hanya sekali.

Tapi bukan hanya sehari.
Itu adalah sehingga mati.
Begitu sebaliknya kepada Yang-Tidak-Diberi.




Saturday, 20 February 2016

Keraian Dusta




Ada kalanya apabila dirasakan kebencian menjengah dari rata-rata arah, raikan sahaja. 
Raikan benci.