Wednesday, 26 December 2012

Reinkarnasi.

Dua puluh dua aku anggap suku dari hayat.
Suku pertama yang melibatkan beberapa fasa.
Fasa yang tiada dalam suku yang berbaki.

Jurang antara fasa ini adalah atas dasar perspeksi, susuk, dan ruang.
Fasa ini dianggap enceh namun dominasinya mempengaruhi suku yang berbaki.
Cerita, gagang, dan riwai yang terabadi lalu membentuk jati diri.
Cukup untuk dikatakan suku pertama ini adalah mustahak untuk diambil peduli, dan dimemori.

Suku dua. Mulanya mengerikan.
Mungkin tidak biasa atau janggal.
Jadi diambil sedikit masa untuk memerhati.
Dan diperhati.

Kejanggalan itu yang menjadi jurang atau mungkin juga jambatan antara dua suku ini.
Oleh itu, tiba di suku dua, lahir semula.
Jika suku pertama berakhir dengan metamorfosis, bermulanya suku kedua ini kembali zaigot.
Bukan zaigot yang nadil. Tapi yang ada penunggunya. Yang lebih angker.

Zaigot ini berbalik kemahuannya seperti dulu. Atau mahu berbalik.
Mahu mempercayai perihal yang tidak wujud, suka menjejak galur, memandang sisi yang baik, teruja dengan setiap apa, tiada yang biasa; jika ada pun pastinya dianggap aneh, berkawan seperti di darjah 2 Bijak, gelagat manusia sebagai hiburan, berangan yang tidak nampak, lagu perhimpunan pagi, semua jisim tiada yang membosankan, dan takutkan hantu di bawah katil.

Tapi yang paling mustahak adalah, memperkasa riwai yang ada.
Biar menjadi hantu yang memakan orang.
Biar tertipu dek lagenda, asalkan tidak mati oleh logiknya hakikat.
Hakikat yang sudah pasti membosankan dan sifatnya membinasa.



Friday, 7 December 2012

Friday Cry (Lamunan Satu)

Bangkit dari tidur pagi ini berbeza rasanya.
Perasaan bercampur-baur, Fikiran mengelamun.
Diri ini dirasakan sendirian, tanpa sesiapa.

Membuka pili air di kamar mandi,
Aku lebih bermandikan kenangan berbanding jisim air itu sendiri.
Dinding bermozek yang basah tidak aku nampak.
Yang kelihatan hanya kau.

Perit. Sedih. Seksa.

Hampir 100 al-yaum namun aku masih begini.
Mengenang, sambil menjamah hati sendiri.

Pili air dipulas dan terhenti pancuran air yang entah kemana perginya tadi.
Fikir aku sesi memakan diri sudah tamat, namun belum sempat aku mencapai tuala,
tersungkur aku terduduk menyandar ke dinding yang sejuk itu.

Tak semena menitis air mata yang ibarat permata jika dicari di gunung,
dan ibarat kabus jika dicari di dasar laut.
Tak dapat aku bezakan yang mana air mata, dan yang mana air paip yang masih melekat di muka.

* * * * * * * * * * *

Pedal ditekan,
Mata memandang jalan, kepala memandang lamunan.
Memikirkan betapa kejamnya masa depan, tak aku sangka menitis lagi air mataku.
Kejamnya masa depan kerana membiarkan aku hidup tanpa kau.
Untung sedikit jika kau masih mengingatiku.

Pondok yang makanan rujinya adalah duit terlintas dek aku.
Tiada pilihan. 
Tertunduk-tunduk aku menghulur syiling kepada penunggu pondok.
Risau ternampak olehnya mataku yang merah berair ini.

* * * * * * * * * * *

Tembus di sempadan daerah yang bakal sebati dengan aku.
Mata ini bergenang kembali, titisan demi titisan menjejak jeans lusuh hitam kegemaran.
Teresak aku tak ubah seperti budak yang masuk tadika pada hari pertama.
Tak sanggup aku membayangkan apa yang bakal berlaku.
Apa yang aku nampak, hanya aku bersama diriku. Berseorangan. 
Tak pernah aku rasa begini seumur hidupku.

Tak sangka buruk sekali bunyi aku teresak.
Tapi tak aku peduli kerana air mata ini harus mengalir, supaya tidak menjadi cecair yang meracun dari dalam.
Dan menjadi mati, tapi bernyawa.
Terkumat-kamit mulut aku meminta pertolongan Ilahi untuk memberikan ku ketabahan. Istifar. Air mata.


                                              "cause i'm broken, when i'm lonesome"

Friday Cry (Lamunan Terhenti)

* * * * * * * * * * *
Tiba di sarang ulat jingga.
Aku kesa sisa-sisa permata dan kabus yang menutup muka dari tadi.
Sambil mengesa, setitis dua lagi menuruni.
Tidak kering.
Seperti sumpahan, berulang yang bagi aku bencana, walaupun sudah berada di bilik putih.

Mujur aku seorang di bilik ini.
Mujur bilik ini jarang disinggah orang.

Titisan ke dua ribu enam ratus sepuluh.

Termenung, tertitis.
Tertitis, termenung.

Mujur lirik Najwa Latif yang tak sengaja aku buka tadi menangkap fikiranku.
Lirik yang memujuk aku yang teresak-esak.
Satu rangkap itu aku tersentak, terhenti teresak.
Tersedar aku ada hikmah Dia merancang sebegini rupa.
Walaupun pedih, namun aku belajar menyedari bahawa, yang kekal bukan manusia, tetapi Dia.

Jadi mengapa perlu bersedih?
Aku tidak berseorangan. Dia mahu tunjukkan walaupun aku hilang orang yang aku sayang, aku masih ada Dia. Sentiasa.

"Kerna Kau yang satu, yang setia bersamaku.
........
Ku tahu ku ada-Mu, di sisiku selalu.
Bantulah hambamu mencari keredhaanMu.
Ku tahu ku ada-Mu."

Lalu membuatkan aku lebih percaya pada satu cinta. Cinta yang kekal. Cinta yang lebih suci. Cinta yang mampu menemani seumur hidup dan matiku.
Hingga aku tak mahu lagi cinta dari manusia, melainkan dari Ibu, Ayah, Keluarga, dan Sahabat yang aku sayang. Selamanya.



Wednesday, 21 November 2012

21.11.12

cantik nombor itu. tapi tak secantik apa yang sedang berlaku.
masa kosong yang aku ada ini entah untuk apa.
tapi masih memberi sedikit ketenteraman, sambil berehat seketika.

empat satu diapit dua dua.
berehat dari banyak perkara samada suka atau luka.
masa kosong yang khusus buat diri sendiri sahaja.
untuk melihat apa yang ada di belakang, dan apa yang ada di depan.

di kampung, atau aku lebih suka panggil rumah, lebih aman.
aman dari kusut musut kalut lurut.
rumah ini dah 13 tahun kami diam. dan membesar.
entah sampai bila kami di sini.

terlalu lapang dan terluang yang berlambakan.
seronok begini, macam raja.
aku tak risau, sebab nanti aku turun takhta juga.
cuma sedang menikmati masa-masa yang mungkin susah untuk ada, lepas-lepas ini.

sambil berkosong mata mencari.
yang mana rezeki aku tari, yang mana tidak langkah ketepi.

ambil masa, nikmati sepuasnya raja Fani.
untuk kembalikan kedudukan 3 komponen ini.
atas, tengah, dan luar.
dan bila selesai, kembali beraksi.


Wednesday, 14 November 2012

Silang Kerangka

Ini perkara baru. Selama ini aku percaya jika ada apa-apa yang mencabar prinsip yang telah aku tanam dalam diri, aku perlu tetapkan pendirian aku walau dengan apa cara sekali pun. Tidak boleh biarkan hal yang cuba memainkan martabat pendirian yang aku pegang untuk bermaharajalela. Pendirian tetap pendirian dan harus terus berdiri. Suka atau tidak, itu perkara kedua. Kerana kau percaya pendirian yang teguh akan menjamin siapa diri di masa depan yang baik.

Tapi itu dulu, ketika hal-hal yang datang mencabar pendirian tidaklah sehebat mana. Sekarang adalah berbeza. Pendirian mula tergugat dek goncangan hal-hal yang mencabarnya. Semakin rapuh dasarnya adalah kerana kemahuan yang semakin meluak-luak untuk dilunaskan. Kemahuan ini yang senang-senang ditolak dahulu kini tidak lagi dapat ditolak. Pendirian sering berpesan supaya jangan terlalu mengikut kemahuan, kerana bisa membinasakan badan. Tapi degil. Atau mungkin tak terkawal. Tak dipedulinya pendirian. Dah jauh menyimpang apabila lebih tunduk kepada kemahuan dari mematuhi pendirian.

Tahu bukan tak tahu. Tahu yang jika pendirian terus teguh, diri yang akan datang tidak akan berasa kecewa. Tapi kemahuan datang ini boleh gila jika diabaikan pada masa ini. Berbeza jisim dan dimensi, menjadi pening memikirkan yang mana satu harus diikuti.

Akhirnya, pendirian terkorban, kerana kemahuan nampaknya memberi lebih kepentingan untuk masa terdekat ini. Bermakna hati berkata, “Persetankan masa depan”.


Friday, 9 November 2012

ibu kota.

berdentam bunyi guruh.
yang aku tak pasti samada betul bunyi guruh atau bunyi jentera.
jentera yang mengetuk konkrit untuk membina satu lagi bangunan pencakar langit.

hujan yang terkalah oleh deruman guruh ini membuatkan aku lena.
lena di dalam bilik air bermandikan pancuran yang membuatkan aku rasa seperti berbaring di tengah hujan di luar sana.

sambil berbaring di dalam hujan ciptaan sendiri, terfikir aku tentang satu perkara.
perkara yang membuatkan aku tertanya-tanya kenapa aku di sini. dari kosong ke kosong. atau mungkin kosong perpuluhan beberapa. entah. aku bukan pandai sangat ilmu hisab.

biar guruh dan petir ini menceritakan segalanya. basah.



Sunday, 4 November 2012

the other way around

kenapa sekarang................sedangkan sebelum ni..................
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni
                                         sedangkan sebelum ni..................sekarang kenapa?