Monday, 1 September 2014

Ironi



"Nak kereta besar, tapi sombong dengan Tuhan.
Nak rumah sendiri, tapi sombong dengan Tuhan.
Nak hidup senang, tapi sombong dengan Tuhan.
Nak hati tenang, tapi sombong dengan Tuhan." -Mika.

Monday, 4 August 2014

Musabab yang dilusi. (Hanya atau Mungkin)

Pandang. Renung. Hakimi.

Sang-sang untung yang berdekah dek pasti syurga Ilahi mereka akan miliki.
Sambil menghukum sang yang disangka rugi bakal tak diterima bumi. Amat pasti tugas malaikat dan Tuhan itu mereka boleh kendali.

Semoga kau dan kau bahagia di syurga dilusi ciptaan agama sendiri.
Walau tiada di antara kita yang pasti.
Yang mana kanan, yang mana kiri.


Sunday, 3 August 2014

Unobtain-angelable

Unexpected chemistry.

You're looking at my eyes, after i'd looked at you twice (or more). 
I've got a feeling that you're actually an angel. A human angel.
An angel that is visible.
I look at you twice just to make sure you're really an angel. A northern angel. 
And yes, you're a perfect northern angel indeed, from head to toe. 

My heart skip thousand beats. 
I'm glad that you were looking at my eyes, for a few times, just a sign that you realized a human was looking at you.

That is not enough, but that is enough. 
Both, equally.

I'm going to miss you like a black crocus misses a white ghoul. My life, for the rest.
Even we are not living in the same dimension.
Goodbye 'my' northern angel.
Till we meet again (i desperately hope; for the almost impossible thing).



Friday, 11 July 2014

Pasif / Plateau

Waktu Mata Di Sebalik Awan:

Dalam atmosfera macam ini, aku rasa aku dalam filem. Atau satu tempat lain di pelusuk dunia.
Yang mana lebih tenang dan tidak barai.
Aman. Selamat. Tidak bimbang.

Aku dalam 'filem'!

Waktu Sebelum Mata Menyorok:

Atmosfera masih begitu. Cuma lebih hebat dan tampan di mata alam.

Ada gagak yang aku gemar terbang di sebelah kiri. Selalunya aku pandang, tapi kali ini aku tak peduli.

Kau patut tengok sungai 'kita' petang ini. Kalau kau jadi aku, kau akan sedih. 
Macam mana sekalipun, pergerakan optik dari 270 ke 137 darjah tadi amat menakjubkan. Sekurang-kurangnya kepada aku. Walau unsur kerendahan sivik terpalit/r di belakang. 

Terowong.

Langit tiada awan. Yang aku tak pasti samada itu satu kekurangan atau sebenarnya kelebihan. 
Putih kekelabuan. 

Aku masih dalam 'filem'. Semua disebabkan ungu kelabu yang pasif.  Kata aku.




Tuesday, 24 June 2014

24 dan terus.

3:39pagi.
Berkenaan hujah yang selalu aku guna untuk pujuk diri.
Tak berguna lagi hujah itu, sekurang-kurangnya untuk malam ini.

Tak boleh terima, sangsi.
Persoal ________, dan perihal selepas mati.
Tak sama takdir diri yang ditentu Ilahi.
Aku sentiasa anggap ketidaksamaan ini sebagai diuji.
Tapi sekelumit terdetik akan syurga yang tak pasti.

Dalam begitu, aku terus minta ditunjukkan apakah sebenarnya ini.
Aku pasti ada alasan yang sahih dari Ilahi.
Aku tunggu, aku tak putus mempercayai. 
Walau untuk sejuta tahun lagi.

Malam ini aku peduli,
Dan kerana itu, tak diduga, iris bergenang memikir musabab yang mungkin dilusi. 


Tuesday, 17 June 2014

24

Aku hanya minta Tuhan sempurnakan apa yang aku tak dapat sempurnakan.

Aku hanya berharap pada Dia. Aku tahu Dia akan tolong. Kalau Dia tidak tolong, aku tahu Dia sebenarnya uji.

Usia yang berbaki ini aku letak segalanya pada Dia, dalam aku usaha. Dalam aku percaya. Aku harap percaya ini sehingga akhirnya. Supaya penciptaan yang kerdil ini tidak dipersia. 



Wednesday, 11 June 2014

The Art of Control

Having a lot of ideas is good. Combining those ideas in one thing is not. Dividing the ideas into several things is genius.